Motosikal

HONDA CB TYPE II

Honda memperkenalkan jentera konsep dengan nama CB Type II pada acara Osaka Motorcycle Show 2016. Berasaskan kepada model CB1100 yang dipertontonkan tahun lalu, Honda menyatakan jentera itu merupakan hala tuju baharu perkembangan model CB series yang menggunakan teknologi penyejukan udara.

honda-cb-concept-ii-mekanika (5)

Honda CB Type II lebih ke arah rekaan café racer, berbanding Type I yang membawa kesan retro. Brek hadapan dan belakang dipadankan dengan angkup daripada Brembo.

Sementara bahagian suspensi pula ditawarkan dengan peredam belakang Ohlins dan fork Showa di hadapan. Penyerap hentak mungkin berdiameter 43mm itu turut dilengkapi Honda Multi-Action System (HMAS).

honda-cb-concept-ii-mekanika (3)

Jika model Type I menggunakan roda wayar jejari untuk terlihat retro, Type II menggunakan rim aloi lebih ringan.

Kesan berotot Type II diserlahkan dengan penggunaan swingarm aluminium baharu, pelana tunggal dan beberapa kemasan gentian karbon.

honda-cb-concept-ii-mekanika (1)

Kedua-duanya masih kekal sebagai jentera konsep, biarpun Type I kelihatan seakan-akan sudah bersedia untuk dipasarkan. Model Type II dikatakan mungkin menyusul kerana Honda didakwa akan menunggu Triumph melancarkan Thruxton.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button