Motosikal

HONDA CBR1000RR SP TT & BLACK EDITION DIPERKENALKAN DI UK

Pasaran United Kingdom (UK) baru-baru ini menerima dua versi istimewa Honda CBR1000RR iaitu SP TT dan Black Edition.

Honda-CBR1000RR-SP-TT-mekanika  (5)

Sebagaimana yang boleh dijangka, kedua-dua jentera itu dipasang dengan komponen aftermarket berprestasi tinggi. Ia bukan sahaja meningkatkan prestasi, malah penampilannya kini semakin menggiurkan.

Model CBR1000RR SP TT hadir dalam pelekat tiga warna yang pernah digunakan pada jentera pelumba lagenda Isle of Man, John McGuinness. Ia dilengkapi peredam Akrapovic berinspirasikan MotoGP.

Honda-CBR1000RR-SP-TT-mekanika  (1)

Tuil, pelindung, pengubah suai rantai jenama Gilles, tongkat paddock, crash pad dan rotor gred perlumbaan daripada Galfer turut dipasang. Rim nampak berbeza dengan kemasan skema warna perlumbaan.

Honda-CBR1000RR-SP-black-edition-mekanika  (1)

Versi Black Edition Fireblade SP pula tampil serba hitam bersama peredam asal berwarna brushed metal. Komponen aftermarket Gilles dan Galfer yang sama boleh ditemui di sini.  Imej garang diserlahkan lagi menerusi skrin yang digelapkan dan kemasan gentian karbon.

Honda-CBR1000RR-SP-black-edition-mekanika  (2)
Kedua-dua jentera ini boleh ditunggang di atas jalan biasa. Honda menawarkan CBR1000RR Fireblade SP TT Special Edition pada harga AS$24,240 (RM94,000). Manakala CBR1000RR Fireblade SP Black Edition pula berharga AS$17,395 (RM67,500) seunit.

Google ads
Back to top button