MUSK DIJANGKA JADI TRILIONAIR PERTAMA DUNIA PADA 2024. TAPI ADA MASA HIDUP DI BAWAH GARIS KEMISKINAN
Walaupun Ketua Pegawai Eksekutif Tesla dan SpaceX, Elon Musk tidak pernah sunyi dengan kontroversi, tidak dapat dinafikan bahawa dia sangat berjaya dalam mentranformasikan indutri automotif.
Malah menurut satu kajian oleh Tipati Approve, Musk mungkin menjadi trilionair pertama di dunia pada tahun 2024.
Biarpun ia hanya satu ramalan, namun ia tidak mustahil menjadi kenyataan. Contohnya, beberapa tahun lalu Tesla dijangka menjadi sebuah syarikat bernilai 1 trilion dollar.
“Saya dapat lihat potensi Tesla untuk menjadi sebuah syarikat bernilai AS$1 trilion dollar dalam tempoh 10 tahun,” kata Musk kepada agensi berita CNBC.
Sudah pasti ramai yang skeptikal dan ada menjangkakan ia akan bankrap. Tetapi, status itu berjaya dicapai pada tahun 2021, tujuh tahun lebih awal berbanding jangkaan Musk sendiri.
Ketika Tesla makin berkembang dan nilai sahamnya meroket, Musk menjadi semakin kaya. Tetapi, biarpun dengan penampilan awam dan menaiki jet peribadi ke seluruh dunia, orang yang hampir dengan Musk menyatakan dia tidak peduli sangat tentang kemewahan.
Dia telah menjual rumah agamnya di California dan kini tinggal di sebuah rumah kecil di Texas. Bekas teman wanitanya, Grimes yang mempunyai dua orang anak memberitahu Musk kadang-kala hidup di bawah garis kemiskinan.
Grimes memberitahu Musk tidak akan membeli tilam baharu walaupun ia sudah berlubang. Malah, dia meminta Grimes supaya mengambil tilam di rumahnya sendiri dan menggantikan tilam berlubang itu.
“Dia tidak hidup seperti seorang bilionair. Ada masanya hidup di bawah garis kemiskinan. Sehingga satu tahap saya kata, boleh tak kita tidak tinggal dalam rumah berharga AS$40,000 (RM180,000)?
“Ini kerana jiran-jiran merakam video dan kami rasa tidak selamat. Saya juga makan mentega kacang selama lapan hari berturut-turut,” kata Grimes dalam satu temubual dengan Vanity Fair.
Musk memang diketahui menyimpan kebanyakan wangnya dalam bentuk saham Tesla. Apabila ada duit di tangan, dia biasanya akan melaburkan semula ke dalam syarikat atau membuat kebajikan. Kekayaan Musk kini didakwa mencecah lebih AS$260 bilion (RM1.03 trilion).
“Sejak tahun 2017, kekayaan Musk meningkatkan secara purata sebanyak 129 peratus setahun. Angka ini membolehkannya memasuki kelas satu trillion dalam masa hanya dua tahun lagi.
“Musk bakal memiliki kekayaan AS$1.38 trilion (RM5.8 trilion) pada usia 52 tahun. SpaceX diramal mampu menjana pendapatan sangat banyak dengan mengenakan bayaran kepada kerajaan dan klien komersial untuk menghantar pelbagai barang ke ruang angkasa seperti satelit, bekalan ISS dan manusia,” jelas Tipati Approve.
- BACA: HARGA SAHAM TESLA NAIK, MUSK LAYAK TERIMA HABUAN RM2.98 BILION!
- BACA: ELON MUSK PERNAH OFFER APPLE UNTUK BELI TESLA. TAPI TIM COOK TAK LAYAN. SEKARANG MUNGKIN MENYESAL
- BACA: ELON MUSK NAK BERHENTI KERJA, JADI INFLUENCER MEDIA SOSIAL
- BACA: ELON MUSK PERLU BAYAR CUKAI RM63.3 BILION. PALING TINGGI DALAM SEJARAH AS