,
Buletin

NAJAH AIR YAKIN DAPAT SAHAM MAJORITI MALAYSIA AIRLINES

Kemelut kerugian yang melanda syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines (MAS) telah mencetuskan kebimbangan awam. Pelbagai saranan telah diambil dan kerajaan dalam langkah terbarunya telah berbincang dengan beberapa pihak yang mungkin berkemampuan untuk menyelamatkan MAS.

Namun, ia tindakan yang perlu dilakukan dengan berhati-hati agar kepentingan semuanya dapat dipertahankan.

Terbaru, Najah Air Sdn Bhd mendakwa mereka yakin akan memperolehi saham majoriti menerusi pemegang saham MAS terbesar Khazanah Nasional Bhd (Khazanah).

Syarikat yang yang ditubuhkan oleh pengasas bersama AirAsia Bhd, Datuk Pahamin Ab Rajab Najah Air adalah syarikat tujuan khas (SPV) yang bertujuan membeli sebahagian besar kepentingan dalam MAS dengan tujuan untuk menyelamatkan syarikat tersebut.

Sumber yang rapat dengan syarikat itu berkata, hasil perbincangan antara kumpulan Pahamin dan Khazanah, asas pengambilalihan yang dikemukakan sebelum ini sebanyak 49 peratus, mungkin akan berubah melebihi 50 peratus.

Beliau berkata, ia sekali gus akan menjadikan Najah Air sebagai pemegang saham terbesar syarikat yang sedang mengalami krisis kewangan itu.

“Perjumpaan antara kumpulan Pahamin dan Khazanah yang turut disertai Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Shahril Ridza Ridzuan, berjalan dalam situasi yang boleh dikatakan positif.

“Malah, Khazanah sendiri turut selesa jika hanya menjadi pemegang saham minoriti dalam Malaysia Airlines. Perkara ini akan terus diperhalusi tetapi itu adalah komitmen yang diberikan Najah Air,” katanya kepada akhbar tempatan, Berita Harian.

Terdahulu, Najah Air telah memohon pinjaman dari Softbank Group Corp sebanyak RM1 Bilion dalam usaha mengukuhkan platform kewangan mereka sebelum mengambil alih operasi MAS.

Pahamin juga tidak menolak berkemungkinan adanya sumber dana lains elain dari pinjaman bank terbesar Jepun itu.

Najah Air menjadi antara syarikat yang mengemukakan cadangan pengambilalihan Malaysia Airlines kepada kerajaan selain dari Tan Sri Dr Syed Azman Syed Ibrahim dari Kumpulan The Weststar Group (Weststar).

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, baru-baru ini mengumumkan terdapat empat cadangan pengambilalihan dihantar kepada kerajaan dan masih belum memutuskan sama ada bakal menerima atau tidak cadangan itu.

KREDIT: BERITA HARIAN

Tags
Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button