Buletin

NIPPON STEEL SAMAN TOYOTA RM736 JUTA

Nippon Steel Corp. dilapor telah menyaman Toyota Motor Corp. atas dakwaan menggunakan satu paten teknologi di dalam motor elektrik. Saman di antara pembuat besi dan pengeluar kenderaan utama dari Jepun melibatkan harta intelek sememangnya berlaku di negara tersebut. 

Nippon Steel yang berpangkalan di Tokyo memfailkan saman tersebut Mahkamah Daerah Tokyo bagi menuntut pampasan di atas kerugian berjumlah 20 bilion yen (RM736 juta). Turut dinamakan dalam saman itu ialah pengilang besi dari China, Baoshan Iron & Steel Co. (Baosteel). Baosteel dikatakan bertanggungjawab menghasil dan membekalkan besi yang didakwa melanggar harta intelek paten berkenaan.  

Toyota menyatakan ia ambil maklum tentang saman tersebut dan berasa sangat kesal. Toyota juga juga menegaskan pihaknya telah memeriksa jika terdapat kemungkinan berlakunya konflik paten dengan Baosteel. 

Baosteel tidak bersetuju dengan dakwaan Nippon Steel dan akan mempertahankan hak dan kepentingannya. 

Pengeluar kereta itu melibat Nippon Steel sebagai rakan perniagaan yang penting dalam menyokong industri automotif Jepun sejak sekian lama. Ini merupakan kali pertama Nippon Steel mengemukakan saman melibatkan pelanggaran paten ke atas Toyota. 

Menurut Nippon Steel, saman itu melibatkan paten untuk kepingan besi tidak berorientasikan magnetik yang merupakan satu komponen penting dalam motor elektrik EV, pusat janaan kuasa dan telefon pintar. 

Ia menyatakan bahawa teknologi itu penting kerana dunia kini sedang beralih ke atas masyarakat neutral karbon. Maka, inovasi yang mampu mengurangkan emisi sangat diperlukan dalam pengilangan besi.  

Dalam perkembangan sama, pengeluar besi kelima terbesar di dunia itu turut memfailkan petisyen untuk injuksi awal menghalang Toyota daripada mengilang dan menjual kenderaan yang dipacu oleh mtor serta menggunakan kepingan besi elektrikal terbabit.

Google ads
Back to top button