Artikel Pilihan

NISSAN HASILKAN ENJIN e-POWER BARU.KECEKAPAN TERMA 50%

Enjin pembakaran dalam masih ada banyak ruang untuk ditambah baik kerana seliter petrol atau seliter disel mengandungi kandungan tenaga 100 kali lebih padat berbanding dengan bateri ion litihum pada kuantiti yang sama. Jadi tidak hairanlah Mazda masih berpegang pada enjin SkyActiv yang dibangunkan oleh mereka

Nissan juga telah memberi komitmen dan mengikut jejak langkah Mazda dalam menghasilkan enjin yang lebih cekap. Buat masa sekarang, enjin hanya mampu menukar 40% kandungan tenaga kepada tenaga kinetik untuk menggerakkan kereta. Masih ada 60% ruang yang boleh diteroka oleh jurutera. Masalah dengan enjin sekarang ialah ia kurang cekap

Kebanyakan tenaga yang ditukar oleh enjin terbuang menjadi tenaga haba dan juga pencemaran udara yang terbebas. Dalam usaha ini Nissan memberi fokus kepada pengurusan haba bagi membolehkan enjin mereka mencapai kecekapan haba sehingga 50%, iaitu 10% lebih vaik berbanding dengan enjin pesaing mereka yang lain.

Bagi membolehkan angka 50% dicapai, beberapa perubahan terpaksa dibuat termasuklah memperkenalkan teknologi baru yang dinamakan Nissan E-Power System dimana enjin sebenarnya digunakan sebagai generator untuk mengecas bateri. Konsep ini sama seperti yang akan digunakan pada Honda City e:HEV dan juga Mazda MX-30 yang menggunakan enjin rotari sebagai pengecas

Kelebihan menggunakan kaedah ini ialah, disebabkan enjin hanya digunakan untuk mengecas bateri sistem hibrid maka ia boleh disetkan untuk beroperasi pada Brake Specific Fuel Consumption (BSFC) terbaik. Ketika ini, enjin akan menghasilkan tork maksima pada penggunaan petrol paling minima.

Enjin juga boleh disetkan untuk beroperasi dalam keadaan lean (lebih banyak udara dan hanya sedikit kandungan petrol) dan beroperasi pada nisbah mampatan yang sangat tinggi seperti enjin SkyActiv X milik Mazda. Ia boleh beroperasi dengan memaksa lebih banyak udara masuk ke dalam enjin dengan sistem turbo dan pencucuhan dimulakan dengan palm pencucuh berkuasa tinggi.

Sistem ini digelar sebagai STARC atau “Strong, tumble and appropriate stretched robust ignition channel”. Sistem ini dengan gabungan sistem Exhaust Gas Recycle akan membolehkan Nissan mencapai kecekapan termal sehingga 46% semasa ujian. Nissan bagaimanapun mendedahkan baki 4% telah dicapai dengan keadah “waste heat recovery technologies” namun tidak mendedahkan secara sesifik bagaimana sistem ini beroperasi

Google ads
Back to top button