Pandu Uji

RANGE ROVER SPORT – BERMULA RM860,000

Jaguar Land Rover (Malaysia) Sdn. Bhd., pengimport eksklusif kenderaan Jaguar dan Land Rover di Malaysia secara rasminya telah melancarkan Range Rover Sport serba baharu pagi tadi. 

SONY DSC

Pengenalan itu melengkapkan lagi portfolio kenderaan Range Rover yang ditawarkan oleh syarikat tersebut di Malaysia.

Disifatkan sebagai Land Rover paling pantas, tangkas dan responsif, Range Rover Sport ialah sebuah SUV sports mewah. Dibina di atas chasis model Range Rover dengan platform monokok aluminium yang ringan dan canggih, jentera itu menawarkan dinamik pemanduan yang luar biasa.

SONY DSC

Aplikasi teknologi kerangka aluminium membolehkan berat sebanyak 500 kilogram dikurangkan berbanding model terdahulu. Range Rover Sport ditawarkan dalam tiga varian iaitu enjin 3.0L diesel dan petrol serta versi enjin petrol bersesaran 5.0 liter.

SONY DSC

Harga Range Rover Sport (di atas jalan raya tidak termasuk insurans):

Varian Semenanjung M’sia M’sia Timur
3.0 L SDV6 Diesel HSE Bermula RM 859,888 Bermula RM863,688
3.0 L Supercharged Petrol HSE Dynamik Bermula RM 939,888 Bermula RM943,688
5.0 L Supercharged Petrol HSE Dynamic Bermula RM 998,888 Bermula RM1,002,688

Range-Rover-Sport-mekanika (17)

Pengarah Urusan Jaguar Land Rover Malaysia, Syed Mudzhar Syed Ali menyatakan pihaknya meletakkan sasaran untuk menjual 90 unit Range Rover Sport pada tahun ini. Buat masa sekarang, Range Rover dan Range Rover Evoque merupakan antara model terlaris yang ditawarkan oleh syarikat tersebut.

Dibina di pusat pembangunan Land Rover di United Kingdom, Range Rover Sport dijual di 169 pasaran di seluruh dunia. Ia memang model yang popular, sejak dilancarkan pada 2005 lebih 380,000 unit sudah terjual.

Range-Rover-Sport-mekanika (2)

Pengarah Rangkaian Kenderaan Range Rover, Nick Rogers menyatakan, biarpun SUV premium itu dibina dengan kerangka aluminium dan dilengkapi pelbagai teknologi canggih, pelanggan tidak perlu bimbang kerana pihaknya memiliki peralatan dan kepakaran untuk menyelesaikan apa jua isu yang mungkin timbul nanti.

Range Rover Sport sudah boleh dilihat secara dekat dan dipandu uji di kemudahan Sime Darby Auto ConneXion 4S di Petaling Jaya dan Jalan Ipoh. Selain kemudahan 4S Sisma Auto di Glenmarie, Shah Alam.

Range-Rover-Sport-mekanika (3)

Maklumat lanjut mengenai rangkaian lengkap produk Land Rover yang boleh didapati di Malaysia, sila layari laman web: www.landrover.com.my

[hr]GALERI

Range-Rover-Sport-mekanika (4)Range-Rover-Sport-mekanika (5)Range-Rover-Sport-mekanika (6)SONY DSCSONY DSCRange-Rover-Sport-mekanika (14)Range-Rover-Sport-mekanika (18)

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button