
PEMILIK PASUKAN FORMULA SATU EDDIE JORDAN MENINGGAL DUNIA PADA USIA 76 TAHUN
Peminat susah mati F1 mesti kenal dengan Eddie Jordan yang merupakan pemilik pasukan, pengurus dan penyiar yang sangat disegani komuniti perlumbaan. Beliau baharu sahaja meninggal dunia pada usia 76 tahun akibat kanser prostat. Pengumuman kematian beliau dibuat oleh Stefano Domenicali melalui platform X.

Jordan memulakan karier beliau sebagai pelumba dari siri go kart Ireland sehingga ke Formula 2. Beliau kemudian menyertai perlumbaan Le Mans 24 jam dengan menggunakan jentera BMW M1.
Selepas bersara sebagai pemandu, Jordan menubuhkan pasukan lumba sendiri pada tahun 1979. Pasukan tersebut menyertai perlumbaan British Formula 3 dan Formula 3000 dan telah memperkenalkan beberapa pelumba baharu F1 seperti Martin Brundle, Jean Alesi dan Johnny Herbert.

Pasukan Jordan kemudian menyertai Formula 1 pada tahun 1991 dan inilah pasukan yang pertama kali memberi peluang kepada Michael Schumacher memandu jentera F1. Schumacher ketika itu merupakan pelumba Mercedes dalam World Sportscar Championship. Walaupun mencatatkan keputusan DNF dalam pusingan pertama tapi aksi beliau yang cemerlang membolehkan beliau menyertai Benetton setahun kemudian.
Pasukan Jordan sentiasa meraih mata dalam setiap pusingan perlumbaan dan menang empat kali. Kemenangan pertama diraih oleh Damon Hill pada 1998 dan setahun selepas itu Heinz-Harald Frentzen menang lagi dua kali membolehkan mereka menduduki tangga ketiga kategori pengeluar. Kemenangan terakhir pasukan Jordan ialah pada 2023 dengan Giancarlo Fisichella di tempat pemandu.
Pasukan tersebut kemudian dijual kepada sebelum bertukar tangan kepada Spyker, Force India, Racing Point dan akhir sekali Aston Martin F1. Eddie Jordan kemudian berkhidmat sebagia penyiar di England tapi masih berkhidmat sebagai pengurus kepada Andrian Newey.

Jordan meninggal dunia di Afrika Selatan Khamis lepas dan meninggalkan seorang isteri dan empat orang anak. Selamat jalan Eddie Jordan.