
PINJAMAN “FULL LOAN” ANTARA FAKTA DAN AUTA
Nak beli kereta secara zero downpayment/full loan? Mari tambah pengetahuan sikit :-
1. Menurut akta sewa beli 1967, pembeli mesti menyediakan wang pendahuluan sebanyak 1/10 daripada harga jual kenderaan (harga ‘otr’).
2. Ramai pembeli tidak mahu atau tidak mampu menyediakan wang sebanyak ini untuk dijadikan pendahuluan, maka mereka cuba untuk memohon pinjaman penuh (full loan).
3. Dalam post terdahulu, saya pernah menyatakan, hanya 2 bank sahaja yang boleh meluluskan permohonan ‘full loan’ ini tanpa ‘mark up’..iaitu Bank Rakyat dan Bank Muamalat dengan bersyarat.
Syarat bagi Bank Rakyat, pemohon mestilah kakitangan kerajaan dan bergaji kasar tidak kurang dariapda RM3500, manakala Bank Muamalat meletakkan syarat bahawa pemohon mestilah kakitangan kerajaan dan bergaji bersih tidak kurang RM2000.
DAN kelulusan untuk kedua-duanya juga bergantung dengan kadar komitmen dan rekod hutang pemohon.
4. Selain 2 bank ini, pihak penjual juga akan cuba memenuhi permintaan pembeli dengan menghantar permohonan ke bank-bank yang lain, lebih-lebih lagi kerana kadar keuntungan (interest/profit) yang dikenakan oleh kedua-dua bank di atas agak tinggi untuk permohonan full loan.
Kaedah yang digunakan adalah secara ‘mark up’ harga jualan dengan menambah beberapa aksesori yg dibenarkan oleh pihak bank untuk dimasukkan sekali ke dalam pinjaman atau dengan membuat permohonan menggunakan model kereta yg sama, tetapi dengan spesifikasi yg lebih tinggi.
5. Bagi permohonan secara ‘mark up’ ini, kebarangkalian untuk mendapat loan seratus peratus sama dengan jumlah yang dipohon agak tipis. Lebih-lebih lagi bagi pemohon (pembeli) yang bergaji kecil atau mempunyai rekod hutang yang tidak cantik.
6. Bagi pemohon melalui Bank Rakyat dan Bank Muamalat, jika permohonannya lulus, pemohon perlu menyediakan bayaran ‘legal fees’/processsing fees dan duti setem. Dan bagi pemohon full loan selain daripada dua bank tersebut, wang untuk membayar ‘mark up’ insurans juga perlu disediakan.
7. Apakah pilihan terbaik? Full loan atau bayar pendahuluan? Secara peribadi, saya merasakan pembelian dengan disertai wang pendahuluan (minimum 10%) adalah lebih baik atas beberapa sebab jangka panjang.
8. Tahukah anda, jika pendapatan anda kecil, tetapi mahu memohon full loan, dari segi matematiknya, sebenarnya anda belum mampu untuk membeli kereta tersebut?. Tak percaya?
Ada byk bukti. Antaranya, bank menolak permohonan anda mentah-mentah (sebab pendapatan kecil), bank memotong jumlah pinjaman yg dipohon, kadang-kadang hampir 20% drpd harga yang di’mark up’ kerana markah kewangan anda tidak cukup (tapi masih dikira nasib baik kerana bank tetap luluskan walaupun jumlahnya dipotong).
9. Pemohon juga terpaksa menanggung beban bayaran bulanan yang tinggi kerana kadar interest yg dikenakan untuk full loan ini agak tinggi. walaupun mungkin bezanya hanya RM50 berbanding anda membayar pendahuluan..
Kalau didarabkan dengan 108 bulan..banyak juga kan? Selain itu jika anda mahu menjual semula kereta tersebut dalam keadaan hutang dengan bank masih belum selesai, anda terpaksa juga membayar sejumlah wang untuk menutup hutang anda kerana kereta itu nilainya lebih rendah dari baki hutang di bank.
10. Kebiasaannya, kereta yang dibeli dengan bayaran pendahuluan 10%, boleh dijual kembali dgn nilai ‘kambus hutang’ (tiada keuntungan atau rugi sebab kena topup) selepas 5 tahun pembayaran (mengambil kira loan 9 tahun). Itupun jika kereta tersebut bukan dari golongan kereta ‘sejuk’ atau ‘tidur’ (jenama kurang popular atau bermasalah).
11. Bagi yang membeli menggunakan kaedah full loan dengan mark up harga spec yang lebih tinggi, maklumat yg akan ditulis dalam geran tidak akan sama dgn keadaan kereta sebenar.
Jadi, pemilik terpaksa membayar premium yang lebih tinggi setiap kali mahu memperbaharui insurans. Dan kadang-kadang, berlaku juga pertikaian apabila mahu menjual kereta tersebut kerana bakal pemilik baru akan menuduh pemilik asal cuba menipu kerana maklumat yang tidak sama di dalam geran.
12. Nasihat saya, sebaik-baiknya, sediakan dahulu wang pendahuluan jika anda berniat memiliki kenderaan. Jika tidak mampu, bermaksud anda belum mampu lagi utk memiliki kereta tersebut.
Melainkan anda memang mempunyai pendapatan yang kukuh, tetapi rasa sayang nak keluarkan wang pendahuluan..itu cerita lain.
Ingat, kereta adalah liabiliti, bukan aset. Lain la anda beli kereta GTR R34 spec NUR limited edition
Terima kasih sudi baca sampai habis
-MAT TOP-
- BACA: KERETA LAMA BOLEH BUAT LOAN?
- BACA: CIMB AUTO FINANCING, LULUS DALAM 1MINIT!
- BACA: MAZDA 3 MPS FULLY LOADED 300HP! BERBALOI BELI!
- BACA: PERMIT AP KLASIK DIPERKETATKAN
- BACA: HANYA KENDERAAN 35 TAHUN YG BOELH DIIMPORT
- BACA: TZR 250-1KT RECOND KLASIK UNTUK DIJUAL
- BACA: PINJAMAN UNTUK KERETA KLASIK DARI GO DADDY