Buletin

POLIS ITALI TAHAN PEMANDU LEVANTE SEWA TURUN TANGGA BANGUNAN BERSEJARAH DI ROME

Police Itali telah menahan seorang lelaki berusia 37 tahun kerana memandu sebuah Maserati Levante sewa menuruni tangga bangunan ikonik Trinità dei Monti yang turut dikenali sebagai Spanish Steps di Rome.

Spanish Steps yang dibina di antara tahun 1723 hingga 1725 merupakan antara pusat pelancongan terkenal di bandar tersebut.

Rakaman kamera litar tertutup menunjukkan Levente berwarna hitam itu menuruni tangga pada awal pagi. Jelas sekali pemandu tersebut tidak berfikir ketika melakukan aksi tersebut kerana nombor plat SUV itu dapat dirakam dengan jelas dan pihak berkuasa boleh mengesannya dengan pantas.  

Polizia Roma Capitale memberitahu pihaknya berjaya mengesan pemandu terbabit atas bantuan syarikat sewaan kereta di Milan. Dia ditahan di lapangan terbang Malpensa Milan ketika hendak memulangkang kereta itu.

Aksi itu menyebabkan bahagian kanan tangga ke-16 dan ke-29 retak dan sedang dibaiki untuk boleh digunakan semula oleh pejalan kaki. Badan pemuliharaan warisan Rome menyatakan sejumlah batu-bata telah dipasang pada tangga terlibat dan kerja-kerja pemulihan akan dilaksanakan.  

Pemeriksaan lanjut mendapati tangga berkenaan mengalami calar dan retak yang agak serius. Motif di sebalik aksi pelik itu bagaimanapun masih belum dapat dipastikan.

Google ads
Back to top button