Buletin

PORSCHE CAYENNE CKD RASMI DILANCARKAN. 100% PEKERJA TEMPATAN, UNTUK PASARAN MALAYSIA SAHAJA

Sime Darby dan Porsche hari ini melancarkan model CKD Cayenne pertama untuk pasaran tempatan. Majlis tersebut diadakan di kilang pemasangan Porsche yang pertama di luar Eropah iaitu di Kulim, Kedah.  

Ia menjadi bukti kerjasama yang telah terjalin selama lebih sedekad di antara Sime Darby dan Porsche. Kilang itu menunjukkan komitmen Porsche terhadap Malaysia dan rantau ASEAN. Selain keyakinan terhadap ekosistem perniagaan, alat ganti OEM di Malaysia.

Model pemanduan sebelah kanan itu khusus untuk pasaran Malaysia dan dikendalikan sepenuhnya oleh pekerja tempatan. Kilang itu bukan sahaja membolehkan pelanggan di Malaysia membeli kereta sports idaman mereka, malah memperkasakan komuniti serta komuniti setempat.

“Kilang pemasangan di Malaysia memenuhi keperluan tempatan dan beroperasi bersama rangkaian tapak produksi Porsche di Eropah. Ia juga mematuhi segala standard kualiti yang ditetapkan oleh Porsche,” kata Ahli Lembaga Eksekutif Pemasangan dan Logistik Porsche, Albrecht Reimold.  

Kemudahan tersebut direka supaya memenuhi standard mapan. Ia melibatkan pemasangan sistem solar pada bumbung dan teknologi penggunaan semula air hujan.  

Pada tahun 2021, MIDA telah meluluskan 36 projek berkaitan ekosistem Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) bernilai RM1.9 bilion. Majoriti pelaburan itu datangnya dari sumber asing

Cayenne CKD hadir bersama pakej pilihan Porsche Exclusive Manufaktur dam jam tangan Porsche Design istimewa. Aksesori Tequipment juga boleh dibeli berdasarkan kepada permintaan.

GALERI

Google ads
Back to top button