Buletin

PORSCHE MACAN EV PERKENALKAN DUA VARIAN; MACAN DAN MACAN 4S – HARGA BERMULA RM525K

Porsche baru-baru ini telah memperkenalkan barisan model untuk SUV serba elektrik pertamanya, Macan, Macan serta Macan 4S, menambah varian sedia ada iaitu Macan 4 dan Macan Turbo, yang diperkenalkan pada Januari tahun ini.

Macan dengan pacuan roda belakang menjadi model asas yang baru dalam siri SUV elektrik sepenuhnya ini.

Ia menawarkan kecekapan tinggi dengan jarak kombinasi WLTP sehingga 641 kilometer. Selain itu, Macan 4S yang baru pula mampu memberikan kuasa sehingga 516PS dan berada di antara Macan 4 dan Macan Turbo.

Selain itu, semua model Macan kini dilengkapi dengan pakej rekaan off-road – meningkatkan kegunaan harian.

MACAN 4

Model Macan dengan pacuan roda belakang menggunakan bateri voltan tinggi berkapasiti 100kWh. Motor elektrik pada gandar belakang menghasilkan kuasa 340PS, dengan kemampuan overboost sehingga 360PS dan tork 563Nm.

Ia mampu mencapai kelajuan 100 km/j dalam masa 5.7 saat dan mempunyai kelajuan maksimum 220 km/j, menawarkan jarak kombinasi WLTP sehingga 641 kilometer.

Macan 4S

Macan 4S pula dilengkapi dengan motor gandar belakang baharu dan SiC pulse inverter. Motor elektrik ini memberikan kuasa 448PS dengan overboost sehingga 516PS.

Dengan Launch Control, tork maksimum mencapai 820Nm, membolehkan Macan 4S memecut dari 0 ke 100 km/j dalam masa 4.1 saat dan mencapai kelajuan maksimum 240 km/j serta mempunyai jarak kombinasi WLTP sehingga 606 kilometer.

Macan 4S juga dilengkapi dengan Porsche Active Suspension Management (PASM) sebagai standard, memberikan keseimbangan antara prestasi dan keselesaan.

Pakej Rekaan Off-Road dan Pengalaman Pemanduan Porsche

Porsche juga memperkenalkan pakej rekaan off-road yang meningkatkan kegunaan harian Macan. Rekaan bampar hadapan telah diubah suai dan ketinggian tanah dinaikkan sebanyak 10mm dengan suspensi udara adaptif.

Semua model Macan boleh ditempah dalam kemasan warna Slate Grey Neo baharu, manakala rim Macan S bersaiz 20-inci didatangkan sebagai pilihan bersama pakej reka bentuk off-road baharu.

Porsche menyatakan pakej penggayaan boleh didapati dalam dua warna – Vesuvius Grey atau dalam warna badan.

Untuk melengkapkan rupa, padanan rim reka bentuk off-road 21-inci dalam kemasan kelabu yang sama turut tersedia.

Di dalam kabin, Menjengah bahagian dalam pula, ia dilengkapi kluster digital 12.6-inci dan skrin sentuh 10.9-inci dengan ketersambungan Android Auto/Apple CarPlay, pembantu suara maya Porsche serta pencahayaan ambien.

Tambahan standard untuk pasaran Malaysia termasuklah Power Steering Plus, penutup pengecasan elektrik, kawalan iklim empat zon, soket kuasa 230V di ruang bagasi, dan sistem audio premium BOSE® Surround.

Harga dan Ketersediaan

Model Macan baharu boleh ditempah di Malaysia pada harga seperti dinyatakan di bawah:

  • Macan: RM430,000
  • Macan 4: RM445,000
  • Macan 4S: RM525,000
  • Macan Turbo: RM635,000

Model Macan dijangka tiba di Malaysia menjelang akhir 2024.

GALERI:

Google ads
Back to top button