Peranti

PREDATOR HELIOS 300. KOMPUTER RIBA GAMER MAMPU MILIK. BERMULA RM4,599 SAHAJA

Predator Helios 300 merupakan model komputer riba yang popular dalam kalangan pemain yang mencari gameplay bebas-kabur.Ini kerana paparan 15.6 inci bingkai nipis FHD IPS itu menyokong kadar muat semula (refresh) dan tempoh respon 3ms.

Selain pemproses terkini IntelÆ Coreô Generasi ke-10, komputer riba permainan video ini dimuatkan dengan 8GB RAM boleh dinaiktarafkan ke 32GB RAM dalam dwi-saluran (dual channel) dan 512GB PCIe NVMe SSD.

Ia menjangkakan keperluan masa depan para pemain dengan slot M.2 tambahan dan slot HDD dengan kit naiktaraf HDD tersedia dalam kotak.

Bagi memastikan penggunaan jalur lebar mengikut keutamaan, Killer DoubleShot Pro beserta IntelÆ Wireless Wi-Fi 6 dan Killer Ethernet E2600 meningkatkan kepantasan, kestabilan rangkaian dan prestasi bagi membolehkan pemain menggunakan setiap kelebihan dalam pertempuran yang paling hebat.

Predator Helios 300 membolehkan pemain menakluk dunia baharu dengan memanfaatkan potensi sebenar dengan menampilkan Teknologi Kipas 3D AeroBlade terbaharu untuk penyejukan yang berkesan sambil mengurangkan kadar bunyi secara keseluruhan.

Setelah terbukti menerusi pelbagai kejohanan eSukan di Malaysia, Predator Helios 300 yang diperbaharui ini hadir dengan pilihan pemproses IntelÆ Core i7 Generasi ke-10 atau pemproses i5 digandingkan dengan grafik GeForce RTX 2060 untuk memenuhi keperluan para pemain.

Dari aspek rekaan, Predator Helios 300 mengubah pembesar suara ke atas dan port pengecaj di belakang peranti.

Harga runcit bermula dari RM4,599  dan ia akan mula dijual dengan kadar segera di semua stor dalam talian rasmi Acer dan semua pengedar sah di seluruh negara mulai 2 Ogos 2020.

Maklumat lanjut, sila layari Facebook Acer Malaysia, hubungi Infoline Produk Acer di talian 1800-88-1288, WhatsApp +6011-1062 8865, atau email (9am-6pm, Isnin hingga Jumaat).

Google ads
Back to top button