Buletin

PROGRAM BIGBIKE PITSTOP GEGAR IPOH DENGAN JENTERA HARLEY-DAVIDSON, APRILIA, VESPA & ROYAL ENFIELD

Program BigBike Pitstop yang menampilkan jentera-jentera terbaharu daripada Harley-Davidson, Aprilia, Vespa dan Royal Enfield bakal menggegarkan bandar raya Ipoh bermula Mei hingga Oktober 2022.

Para peminat motosikal bukan sahaja boleh melihat secara dekat, malah menunggang uji model terbaharu itu di sana. Lebih menarik lagi, program berkenaan hadir dengan pelbagai tawaran hebat sepanjang ia berlangsung selama enam bulan.

Kumpulan penunggang dari seluruh Semenanjung Malaysia akan turun ke Ipoh. Antara kelab yang terlibat ialah Harley Owners Groups, Vespa Club Malaysia, Ducati Owners Club Malaysia, Aprilia Club Malaysia dan banyak lagi.

Program itu dirasmikan oleh Datuk Bandar Ipoh, Dato’ Rumaizi Bin Baharin bersama Pengarah Urusan Didi Group, Goh Kian Sin.

Pihak penganjur turut mengambil kesempatan untuk memperkenalkan model-model Royal Enfield 2022 seperti  lnterceptor, Continental GT, Himalayan, selain Aprilia RSV41100 Factory baharu.

“Kami harap dapat bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk menubuhkan hab penunggang motosikal seperti The Gasket Alley Petaling Jaya di Ipoh. Ia juga akan mencetuskan momentum mengenai apa yang bakal dilalui oleh komuniti penunggang di sini.

“Ipoh bukanlah lokasi asing buat Didi Group kerana kami ada menawarkan pelbagai jenama automotif seperti Lexus, VW, Audi, Proton dan lsuzu di negeri Perak,” kata Goh.

GALERI

Google ads
Back to top button