Buletin

PROGRAM PERKONGSIAN KERETA ELEKTRIK A-GOGO

KL Electric Mobility Sdn. Bhd. (KL Electric Mobility), anak syarikat milik penuh Masers Energy Inc yang beribu pejabat di Amerika Syarikat dan Eropah semalam menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) bersama pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

 SONY DSC

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif KL Electric Mobility, Datuk Seri Suhaimi Abdul Rahman mewakili Masers Energy. Sementara Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib pula mewakili pihak DBKL.

MoU itu membolehkannya menawarkan perkhidmatan perkongsian kereta elektrik yang meliputi kawasan segi tiga emas Kuala Lumpur. Dikenali sebagai KL Electric A-gogo, projek tersebut melibatkan pelaburan berjumlah RM1.5 bilion untuk membuka sebanyak 3,000 stesen pengecas kenderaan elektrik dalam tempoh dua tahun akan datang.

SONY DSC

Untuk suku pertama tahun 2015, KL Electric Mobility mensasarkan untuk membuka 10 hingga 50 stesen stesen pengecas dengan sasaran membawa masuk sebanyak 150 unit kereta eletrik.

Kereta KL Electric A-gogo dibangunkan oleh KL Electric Mobility bersama sebuah firma dari Perancis iaitu AutoLib. Kereta eleketrik itu bagaimanapun tidak dipamerkan dalam majlis MoU tersebut. Namun, berdasarkan kepada video yang ditayangkan, kereta elektrik yang bakal digunakan ialah Bolloré Bluecar.

Autolib' Bluecar carsharing service, Paris, France

Kereta elektrik itu mampu bergerak sejauh lebih 200 kilometer dengan sekali caj dan saiznya hampir sama dengan Perodua Myvi. Perjanjian ini membuktikan komitmen mendalam terhadap peralihan Malaysia ke arah negara karbon sifar menjelang tahun 2030.

“Masers Energy kini sedang bekerjasama dengan sektor pengangkutan untuk menukar penggunaan bahan api sedia ada kepada penggunaan ‘bahan api kelima’ dan kenderaan elektrik. Ia merupakan sebahagian daripada strategi kami untuk menyediakan sumber tenaga yang lebih murah, bersih dan dipercayai kepada negara,” kata Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif KL Electric Mobility, Datuk Seri Suhaimi Abdul Rahman.

SONY DSC

Ia nyata berbeza dengan Comos, (satu lagi syarikat menawarkan perkhidmatan hampir sama) yang menggunakan kereta elektrik Nissan Leaf, Renault Zoe dan Renault Twizy.

Caj yang dikenakan terhadap perkhidmatan kereta elektrik lima tempat duduk ini adalah pada kadar asas 30 minit setiap blok. Caj ini amat berpatutan jika dibandingkan dengan kadar bayaran bagi perkhidmatan teksi.

Autolib' Bluecar carsharing service, Paris, France

Lebih menarik lagi, para pelanggan boleh memilih pakej penggunaan mengikut jam, harian, mingguan, bulanan atau tahunan bergantung kepada keperluan mereka.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button