Buletin

RAM 1500 TRX KENA KEBAS DI KILANG PEMASANGAN STELLANTIS. BUKAN KES KECURIAN PERTAMA

Pada minggu ini, kilang pemasangan Sterling Heights, Michigan, Amerika Syarikat (AS) telah dimasuki pencuri dan berjaya melarikan empat unit kenderaan.

Ia termasuk jentera baharu Ram TRX 1500 yang mampu menjana kuasa 702 hp.

Kes kecurian di kilang terbabit bukanlah kali pertama apabila minggu lalu kejadian sama berlaku.

Khabar angin mengatakan bahawa para pencuri mengetahui cara menduplikasi fob kunci kilang sekali gus menghidupkan kenderaan ketika kunci sebenar berada di bilik lain.

Kaedah berkenaan pernah diguna pakai pencuri yang merembat 150 unit Jeep di San Diego, AS pada tahun 2017.

Selain TRX, tiga lagi jentera yang dibawa lari merupakan trak Ram 1500.

Dalam satu kenyataan Stellantis, pihak syarikat sedang bekerjasama dengan pihak polis Sterling Heights berhubung isu berkenaan.

Buat masa ini, jenama kenderaan itu tidak mengesahkan sama ada kenderaan-kenderaan dibawa lari ataupun bagaimana ia dibawa keluar dari kilang tersebut. – carbuzz

Google ads
Back to top button