Artikel Pilihan

RHEINMETALL HASILKAN SPRING KERETA GUNA PLASTIK. 75% LEBIH RINGAN

Satu firma kejuruteraan Jerman iaitu Rheinmetall menghasilkan satu inovasi unik yang mungkin menyelesaikan masalah lambakan bahan buangan plastik pada hari ini dengan pengenalan spring yang dihasilkan dengan komponen plastik.

Spring ini dikatakan 75% lebih ringan daripada spring yang dihasilkan daripada keluli kerana ia menggunakan fibre reinforced plastic atau singkatannya FRP. Spring dipasang pada kereta bertujuan memastikan tayar sentiasa mencengkam permukaan jalan dan juga menyerap perubahan pada permukaan jalan dan biasanya dihasilkan dengan keluli

Rheinmetall berpendapat keluli adalah berat dan ia boleh digantikan dengan FRP, mengurangkan berat kenderaan menjadikan ia semakin menjimatkan tenaga serta seronok dipandu. Walaupun masih di peringkat kajian dan pembangunan, beberapa jenama automotif terkenal dunia sudah menunjukkan minat pada teknologi ini

Tapi sebenarnya penggunaan FRP dalam spring bukanlah perkara baru kerana Chevrolet Corvette telah menggunakan teknologi ini pada model sebelum ini dan Audi pernah mengetengahkan idea ini pada tahun 2014 pada model konsep.

Rheinmetall pula membawa idea ini untuk dibangunkan pada kereta harian biasa buat pertama kali dalam sejarah. Walaupun dihasilkan daripada FRP, sifat kekenyalan bahan ini hampir sama dengan keluli tapi menunjukkan prestasi yang lebih bagus dalam aspek NVH. Malah kekuatan spring FRP adalah konsisten untuk tempoh lama kerana ia tidak berkarat

Kereta konspe Mercedes Vision EQXX telah menggunakan spring ini bagi mengurangkan beban kereta akibat pertambahan bateri lithium ion. Kajian selanjutnya Rheinmetall dengan satu lagi syarikat automotif yang tidak dikenali mendapati bahawa spring ini lulus dalam ujian jalanan dan berupaya dari segi ekonomi untuk dihasilkan secara besar-besaran

Google ads
Back to top button