
RUSIA MAHU HIDUPKAN SEMULA JENAMA ERA SOVIET, MOSKVITCH
Berikutan keputusan untuk menghentikan pengeluaran kenderaan di Rusia bermula Mac lalu, Renault kini menjual 100 peratus sahamnya kepada Moscow City.
Dalam satu mesyuarat Lembaga Pengarah Renault Group, pengeluar kenderaan dari Perancis itu mengambil keputusan untuk menjual 67.69 kepentingan dalam AvtoVAZ kepada Institut Pembangunan Automobil dan Enjin Rusia (NAMI).
Dalam satu kenyataan, Renault memberitahu bahawa ia merupakan satu keputusan sukar namun perlu dilakukan sebagai maklum balas terhadap pencerobohan Rusia ke atas Ukraine pada 24 Februari lalu.

“Kami bagaimanapun mengambil keputusan yang bertanggungjawab ke atas 45,000 orang pekerja di Rusia dan ingin kembali ke negara ini dalam tempoh enam tahun,” jelas Renault.
Perjanjian dengan Moscow City dan NAMI tidak tertakluk kepada apa-apa syarat dan semua kelulusan yang diperlukan sudahpun diperolehi. Ini bermakna perjanjian tersebut akan berkuat-kuasa serta-merta.
Jadi, Renault kini tidak lagi mempunyai operasi perniagaan di Rusia. Ia sebelum ini menghasilkan model-model Dacia untuk pasaran tempatan di bawah jenama Lada.

Kilangnya di Moscow kini dikendalikan oleh Moscow City. Timbul juga laporan bahawa ia merancang untuk menghidupkan semula jenama klasik Moskvitch. Jenama automotif era Soviet USSR itu ditamatkan pada tahun 200 kerana bankrap.
Pengeluar trak bersaiz besar, Kamaz akan menjadi rakan teknologi Moskvitch.
“Kilang di Volgogradsky Prospekt mempunyai sejarah yang panjang. Hampir 100 tahun lalu ia memulakan produksi kereta Ford. Selama berdekad-dekad, kereta jenama Moskvitch telah dihasilkan.
“Sejak tahun 1998, kilang ini bekerjasama dengan Renault untuk membina model-model Logan, Duster dan Sandero. Pada tahun 2022, kami akan membuka sejarah baru Moskvitch,” kata Datuk Bandar Moscow, Sergei Sobyanin.
- BACA: 20,000 PEKERJA PELABUHAN WEST COAST TAK MAHU MUAT ATAU PUNGGAH KAPAL RUSIA
- BACA: BIMBANG AVTOVAZ JADI MILIK NEGARA, RENAULT ENGGAN KELUAR DARI RUSIA
- BACA: PERANG TIADA HALA TUJU, ASKAR RUSIA SERAH KERETA KEBAL. DAPAT DUIT, BOLEH MOHON JADI RAKYAT UKRAINE
- BACA: KENAPA KERETA KEBAL RUSIA DIGELAR ‘KERANDA BERGERAK’?
GALERI

