Buletin

SEAT RAIH UNTUNG TERTINGGI DALAM SEJARAH 6 DEKAD (AHLI KUMP. VW)

Kumpulan Volkswagen lebih daripada layak untuk dipuji di atas usaha menyatukan dan menghidupkan pelbagai jenama.

Daripada motosikal sehingga kereta eksotik seperti Bugatti, kesemuanya berada di bawah satu bumbung.

Penyatuan itu membolehkan Kumpulan Volkswagen menduduki tangga teratas dunia dari segi jualan kenderaan.

Salah satu jenama yang menerima manfaat daripada skala ekonomi dimiliki Kumpulan VW ialah SEAT, syarikat yang berasal daripada Sepanyol.

SEAT ditubuhkan pada tahun 1950 dan pada 1986 kerajaan Sepanyol telah menjual syarikat ini kepada Kumpulan VW.

Adakah keputusan itu berbaloi? Jika dilihat kepada rekod semasa ia keputusan yang betul.

SEAT berjaya mencatat prestasi terbaik pada tahun 2018 sejak penubuhannya melalui peningkatan keuntungan operasi sebanyak 33.4 peratus dan mencecah EUR 254 juta (RM 1,173.8 bilion) berbanding EUR 191 juta pada 2017.

SEAT Arona

Perolehan SEAT pada tahun 2018 ialah sebanyak EUR 10.202 bilion (RM 47,146 bilion) dengan peningkatan sebanyak 3.1 peratus berbanding 2017 iaitu EUR 9.892 bilion.

Sekali lagi ini adalah angka tertinggi sejak penubuhan syarikat pada tahun 1950.

Keuntungan operasi SEAT disumbangkan oleh peningkatan jualan dan pengkomersilan model dengan kadar keuntungan lebih tinggi.

Pada tahun 2018, SEAT berjaya menjual 517,600 unit kenderaan, meningkat 10.5 peratus berbanding 2017.

Di antara model yang mendapat sambutan hangat ialah Arona, pada tahun pertama pemasaran jualan Arona menghampiri 100,000 unit.

SUV urban itu merupakan model ketiga terlaris SEAT.

Arona juga berjaya menembusi kelompok model seperti Ibiza, Leon dan Ateca sebagai salah satu daripada empat paksi utama jenama SEAT seterusnya mencatat rekod jualan di Jerman, United Kingdom, Austria, Switzerland, Israel dan Maghribi.

Leon CUPRA R

Momentum tahun 2018 diteruskan pada awal tahun 2019 dengan prestasi jualan global meningkat sebanyak 12.8 peratus atau 88,900 kenderaan berbanding tempoh sama pada tahun 2018.

Selari dengan situasi tersebut, jumlah pengeluaran SEAT juga turut meningkat pada tahun 2018 iaitu sebanyak 10.2 peratus kepada 528,300 unit kenderaan.

Satu lagi berita gembira ialah untuk para pekerja SEAT yang bakal menerima durian runtuh sehingga 49 peratus lebih tinggi.

CUPRA ATECA SE

Pada tahun ini SEAT akan membayar pembahagian keuntungan dengan jumlah kasar sebanyak EUR 1,068 (RM 4,935 ) setiap seorang pekerja.

Jumlah tersebut meningkat sebanyak 49.2 peratus berbanding EUR 716 pada tahun 2017.

*1 EUR = RM 4.621

Google ads
Back to top button