Artikel Pilihan

SINDIKET KERETA DI SELURUH DUNIA

Sindiket membawa 2 maksud yang hampir sama mengikut Dewan Bahasa dan Pustaka. Maksud pertama ialah sekumpulan orang yang bersatu dalam menjalankan kegiatan haram dan menyalahi undang-undang. Ini menggambarkan perkara negatif. Maksud kedua pula ialah sekumpulan ahli dan syarikat perniagaan yang bergabung bagi menjalankan aktiviti bersama.

Jadi hari ini kita akan membincangkan sindiket yang wujud dalam dunia automotif berdasarkan demografi pasaran iaitu Eropah, Asia Pasifik, dan juga Amerika berdasarkan maksud kedua yang diterbitkan. Banyak rupanya sindiket kereta yang wujud rupanya.

Eropah

1. PSA merupakan satu kongmolerat besar dari Peranchis yang membeli semula jenama Opel dari GM, Peugeot, Citroen, Renault, Vauxhall dan mewujudkan satu entiti baru bagi segmen mewah yang dikenali dengan nama DS Automobile. Satu ketika dulu PSA turut membeli jenama Amerika iaitu Chrysler Europe (yang merupakan gabungan Simca, Rootes dan Barreiros) namun operasi mereka diserap masuk dalam PSA.

Jenama Chrysler Europe hilang ditelan oleh PSA. Gabungan ini menjana jualan sekitar 75 billion USD pada tahun lepas.

2. Renault atau lebih dikenali dengan nama Renault-Nissan-Mitsubishi Alliance mungkin kurang dikenali melainkan kita mengaitkannya dengan skandal pecah amanah oleh super CEO iaitu Carlos Ghosn. Pakatan ini menjana jualan sekitar 58 billion USD mendapat kedudukan kedua di bawah kumpulan PSA

Walaupun bukan bergabung, namun mereka memilih untuk mengadakan hubungan sulit yang rumit. Lagi rumit dari mencari bapa kandung pada anak-anak kucing di rumah kita. Renault ada 43% saham di Nissan, Nissan ada 15% saham di Renault, dan Nissan ada 34% saham di Mitsubishi. Komplikated sungguh orang Peranchis berfikir.

Pakatan ini merupakan pemilik bagi jenama Infiniti, Datsun, Dacia, AutoVAZ, Alpina dan Lada. Jika digabungkan dengan semua jenama yang dimiliki oleh mereka, jumlah jualan mereka ialah 190 billion USD.

3. FCA – Chrysler ditubuhkan pada tahun 1925 oleh Walter Chrysler dan satu ketika dulu merupakan kereta yang dihasilkan berdasarkan teknologi penerbangan. Namun ketika Economy Bubble melanda Amerika pada tahun 2009, jenama ini dijual kepada Fiat dan dijenamakan semula dengan nama Fiat Chrysler Automobile atau singkatannya FCA.

Jualan tahunan kumpulan ini mencecah 111 billion setahun yang disumbangkan oleh anak syarikat Chrysler seperti Jeep, RAM, Dodge, AMC, Eagle, dan Plymouth. Fiat pula memiliki jenama Alfa Romeo, Maserati dan Lancia. Fiat juga masih memegang 90% saham di Ferrari

Alfa Romeo, Fiat (Fix It Again Tomorrow) dan Chrysler bergabung dalam satu kumpulan. Elok la sangat, sebab tu masalah kualiti tak pernah surut. HAHAHA

4. Daimler Benz – ditubuhkan pada tahun 1926 merupakan gabungan 2 entiti iaitu Daimler (dibangunkan oleh Gottlieb Daimler & Wilhelm Maybach) dan juga Benz (dibangunkan oleh Carl Benz). Ketiga-tiga mamat ini adalah jurutera mekanikal, elok sangat mereka bergabung. Malah jualan tahunan kumpulan ini dianggarkan mencecah 188 billion setahun

Kumpulan ini memegang jenama Mercedes Benz, Smart, Maybach, dan juga membeli saham syarikat China iaitu Denza dan juga BAIC.

5. BMW – satu lagi jenama mewah yang dikaitkan dengan teknologi penerbangan ialah BMW atau Bayerische Motoren Werke. Kumpulan ini memegang jenama ikonik British iaitu Mini dan juga Rolls Royce. Habis jenama Bristish kena tawan dengan Jerman. Kumpulan ini menghasilkan jualan sekitar 113 billion setahun.

6. VW – merupakan sindiket terbesar dalam dunia automotif dari segi jumlah pengeluaran, pelbagai jenama dari murah sehinggalah ke paling mahal dan paling banyak jualan. Selain dari Volkswagen, kumpulan ini memiliki jenama Lamborghini, Porsche, Skoda, Seat, Bentley, Audi, dan juga Buggati.

Mereka juga memiliki jenama Ducati iaitu pembuat motosikal dan MAN yang menghasilkan lori. Secara keseluruhan sindiket ini menghasilkan jualan sebanyak 278 billion USD pada tahun 2018. Angka ini diperolehi dengan jualan 10 juta unit. Bayangkan sekali dia recall, fuh boleh tahan semak kepala.

Asia Pasifik

7. Toyota – siapa tak kenal jenama Toyota maka wajiblah anda menghadiahkan segenggam kentut kepal kepadanya. Jenama Toyota menghasilkan jualan sekitar 261 billion pada tahun lepas. Ia disumbangkan oleh model Toyota, Lexus, Hino Motors, Daihatsu yang turut memiliki saham di Perodua, GAC Group di China, 6% saham di Isuzu dan 16.6% saham Subaru.

8. Honda – walaupun menjadi idaman jejaka bujang di Malaysia, Honda hanya menghasilkan jualan sekitar 139 billion di seluruh dunia. Honda hanya memiliki jenama Acura yang dipasarkan di Amerika dibawah seliaan mereka. Orang Jepun ini pelik, Civic FC pun sudah tidak dijual di Jepun kerana kurang permintaan

9. Hyundai Motors – ditubuhkan oleh Chung Ju Yung pada tahun 1967 dengan melakukan rebadge engineering Ford Cortina sebagai model pertama mereka. Ketika ekonomi dunia merudum pada tahun 1998, Hyundai dengan arahan kerajaan Korea diminta untuk menyelamatkan Kia daripada bangkrap.

Hyundai juga menghasilkan jenama premium mereka sendiri iaitu Genesis pada tahun 2015. Secara keseluruhan kumpulan ini menghasilkan jualan sebanyak 86 billion USD pada tahun lepas.

10. Tata Motor – kereta yang digunakan oleh hero Tamil dan paling banyak muncul dalm filem iaitu Tata yang ditubuhkan pada tahun 1945 oleh keluarga taikun Tata. Bisnes pertama mereka ialah menghasilkan kepala keretapi. Mereka memasuki segmen kereta penumpang pada tahun 1991 dengan pengenalan model Tata Sierra

Tapi bisnes jual kereta tak semudah yang disangka. Ratan Tata hampir putus asa dan mahu menjual Tata Motor kepada Ford pasa tahun 1999. Namun dia membatalkan hasrat tersebut apabila terasa tercabar dengan Bill Ford yang bertanya “jika anda tidak tahu apa-apa berkenaan kereta, kenapa mulakan divisyen automotif?”

Ratan Tata mula memberikan fokus pada divisi automotif, keuntungan mulai masuk dan pada tahun 2008 ia merupakan kereta terlaris di India. Tahun 2009 ketika subprime crisis melanda Amerika, Tata membeli Jaguar dan Land Rover daripada Ford. Sindiket ini meraih jualan tahunan 100 billion USD pada tahun lepas. Bayangkan bekas jajahan British memiliki jenama Bristish.

11. Geely – merupakan nama yang agak panas sekitar tahun 2017 dengan usaha mereka membeli jenama Proton. Geely sebenarnya diasaskan pada tahun 1986 merupakan pengeluar peti sejuk dan mula menghasilkan kereta pada tahun 1997.

Selain Proton, Geely turut memiliki Lynk&Co, Lotus dan juga Volvo. Namun jumlah jualan kumpulan ini masih kecil iaitu sekitar 15 billion USD sahaja

.

12. Suzuki – walaupun hampir mendominasi pasaran kereta kompak di India dan menjadi pencabar kereta kompak Toyota dan Daihatsu di Jepun, Suzuki juga mengaut keuntungan melalui penjualan motosikal, superbike, dan juga kenderan rekreasi ATV. Jualan mereka mencecah 34 billion USD, kira ok jugakla tanpa bantuan atau kerjasama dengan syarikat luar

Amerika

13. General Motor – dilaporkan menjana jualan sebanyak 145 billion USD untuk seluruh dunia. Namun GM bukanlah satu syarikat tunggal, ia sebaliknya memiliki beberapa jenama terkemuka Amerika seperti Buick, Cadillac, Oldsmobile, GMC, dan juga Chevrolet. Tapi kebanyakan produk Chevrolet yang sampai di Malaysia merupakan produk rebadge Daewoo (Korea).

GM juga membeli saham syarikat automotif Wuling, Baojun, dan Jiefang. GM melebarkan pengaruhnya di Australia melalui jenama Holden, di Eropah melalui pembelian syarikat Saab dan juga Opel. Namun Opel kemudian dijual kepada kongmolerat Perancis PSA.

14. Ford Motor – salah satu gergasi sindiket terbesar di Amerika selain daripada GM. Siapa yang pernah menonton Ford vs Ferrari tahulah macam mana bongkaknya Ford, tapi masalah transmisi tak setel jugak. Ford memiliki saham dalam pelbagai syarikat automotif di dunia. Satu ketika dahulu Ford memiliki jenama Aston Martin

Namun kini mereka hanya memiliki 8% saham Aston Martin, 32% saham Jiangling Motor, memiliki JV dengan Changan Ford, Ford Lio Ho Taiwan, AutoAlliance Thailand, Ford Otosan Tuki, dan Ford Soller Russia. Secara keseluruhan jualan Ford ialah sekitar 156 billion pada tahun 2019. Atas sikit dari Megah Holding.

Ya tuan-tuan, inilah sindiket automtif yang besar di dunia. Ada juga jenama yang baru nak up seperti Tesla namun jualan tahunan mereka masih lagi kecil dan tidak memiliki anak syarikat. Bila berada dalam kumpulan besar, syarikat kereta ini akan berkongsi parts bin, kos pembangunan model baru menurun dan mereka menguasai pasaran dengan bagus

Anda boleh jumpa teknologi enjin VVTi di kereta jenama tempatan, transmisi DSG digunakan pada Buggati, dan cesi yang sama digunakan pada kereta buatan Korea walupun rekaan luarnya berbeza. Bak kata mat saleh “if you can’t beat them, join them”.

Google ads
Back to top button