Buletin

STRATEGI GILA AIWAYS TERBUKTI BERJAYA DI EROPAH. NIO, XPENG DAN BYD PUN TAK BOLEH LAWAN

Pengeluar kenderaan elektrik startup Aiways mengembangkan jualannya ke pasaran Eropah yang menyaksikan jualan EV di sana terus meningkat. Sejak ditubuhkan pada tahun 2017, Aiways melaksanakan strategi itu dan dilihat lebih berjaya berbanding pasaran EV yang sangat kompetitif di China. 

Kemasukan EV China ke pasaran Eropah bukanlah sesuatu yang baru. Tahun lalu, Xpeng menghantar 100 SUV G3 ke Norway dan 100 unit lagi pada Februari. Penyerahan SUV tujuh tempat duduk ES8 dijadual bermula pada September depan. 

Nio pula tidak meletakkan sasaran jualan di Eropah. Manakala BYD mahu menghantar 1,500 unit EV ke Norway menjelang akhir tahun ini. 

Walaupun bersaiz lebih kecil, Aiways akan menghantar 2,500 unit EV keluarannya ke Eropah. Ia mula menjual model U5 di China pada Disember 2019, sebelum mengeksport 500 unit pertamanya. Setahun kemudian, Aiways mendakwa jumlah eksportnya sudah mencecah 2,500 unit. 

Aiways mensasarkan untuk megeksport 10,000 unit pada tahun 2021. Syarikat itu juga mendakwa menjadi pengeluar EV pertama China yang memperoleh persijilan EU untuk eksport kereta penumpang berskala besar. Ia juga menjadi satu-satunya syarikat startup EV yang ada dala rating Euro NCAP. 

Ketika Nio, Xpeng dan BYD dilihat berhati-hati ketika memilih pasaran di Eropah, menjual sejumlah kecil EV, kemudian membuat penilaian, belajar dan meningkatkan operasi servis selepas jualan, Aiways sebaliknya mengambil pendekatan lebih berani. 

Langkah itu mungkin akan memberi masalah nanti, tetapi strategi gila Aiways iaitu bertindak pantas dan selesaikan masalah apabila ia timbul, nyata memberi kejayaan. 

Google ads
Back to top button