Artikel Pilihan

SUBARU GAGAL BINA KERETA ELEKTRIK DI AMERIKA DISEBABKAN MCDONALD

Subaru Amerika telah mengesahkan yang mereka tidak merancang untuk membina kereta elektrik di Amerika di kilang pemasangan mereka di Indiana, Amerika. Masalah ini disebabkan Subaru Amerika gagal untuk bersaing dalam memberikan gaji yang terbaik berbanding dengan gaji permlaan McDonald iaitu 20 USD sejam

Dalam usaha untuk mendapat kredit cukai 7500 USD daripada kerajaan persekutuan, semua kereta elektrik oleh jenama asing yang dijual di Amerika mestilah dipasang di Amerika sebagai salah satu usaha menyediakan peluang pekerjaan dan perniagaan kepada komuniti Amerika

Insentif ini membolehkan beberapa jenama yang menjual kereta elektrik di segmen mampu milik kekal bersaing pada harga yang cukup kompetitif. Namun ia tidak berjaya meyakinkan Subaru untuk melabur dalam fasiliti pemasangan kereta elektrik di Amerika disebabkan masalah gaji

CEO Subaru Tomomi Nakamura menegaskan” Di Indiana, pekerja separuh masa di McDonald mendapat gaji sekitar 20 ke 25 USD sejam, yang merupakan saingan kepada pekerja sementara di kilang Subaru. Jika kami ingin membina kilang baru, adalah sangat sukar untuk mengupah pekerja baru dengan kos buruh semakin mahal. Ia merupakan satu cabaran kepada jami untuk mendapat pekerja baru di kilang Indiana termasuklah pembekal kami”.

Kilang Subaru di Indiana yang memasang kenderaan mengupah sekitar 6000 pekerja bagi menghasilkan model Ascent, Impreza, Legacy dan Outback. Dalam barisan model Subaru, hanya model Solterra sahaja merupakan model elektrik sepenuhnya yang menggunakan cesi yang sama dengan Toyota bZ4x.

Google ads
Back to top button