Buletin

SUMMERNATS MALAYSIA

Bagi peminat kereta dan motosikal custom, SummerNats pastinya menjadi salah satu acara yang tidak wajar dilepaskan. Dipromosikan oleh pihak JPM Motorsport, SummerNats Malaysia akan diadakan pada 29 Ogos hingga 1 September 2014. 

SummerNats-Malaysia-Mekanika (3)

“Ini merupakan debut antarabangsa pertama buat SummerNats dan ia pasti menjadi satu acara yang meriah,” jelas Pengasas JPM Motorsport, J.P. Chin.

SummerNats telah menjadi festival auto tahunan terbesar di Australia sejak diadakan buat pertama kalinya pada tahun 1988 oleh pengasasnya, Chic Henry. Ia menjadi acara kegemaran Australia pada tahun 2013 dan 2014, sehingga berjaya menarik seramai 103,437 orang pengunjung.

SummerNats-Malaysia-Mekanika (12)

SummerNats Malaysia akan mempelbagaikan tarikannya menerusi pameran motosikal dan superbike custom. Selain menjadi satu acara yang berorientasikan keluarga.

Selaku promoter kepada acara bertaraf antarabangsa,  JPM Motorsport percaya bahawa Malaysia ialah hab SummerNats yang ideal. Ini kerana jumlah mereka yang benar-benar menghargai kenderaan klasik, custom, hot rods, muscle dan super car kian bertambah.

SummerNats-Malaysia-Mekanika (6)

Selain mahu menjadi tarikan serantau untuk pasaran automotif ASEAN, SummerNats Malaysia juga bertindak selaku platform pemasaran serta komersial buat para pengeluar kenderaan, pembuat produk automotif dan aksesori.

Dijangka ratusan kenderaan dipamerkan. Ia merangkumi kereta klasik Eropah dan Amerika, sport, muscle serta beberapa kreta koleksi daripada muzium JPM Motorsport. Antaranya termasuklah AC Cobra, Chevrolet Camaro SS, Chevrolet Bel Air, Chevrolet Impala dan Ford Mustang.

SummerNats-Malaysia-Mekanika (9)

Edisi pertama SummerNats Malaysia juga bakal menampilkan lapan buah kereta yang memenangi acara SummerNats di Australia.

SummerNats Malaysia akan menghargai bakat-bakat tempatan dengan menganugerahkan gelaran Kereta dan Motosikal Custom Terbaik kepada mereka. Berentap dalam 12 kategori, ia diadili oleh panel juri berwibawa dari Australia dan Malaysia.

SummerNats-Malaysia-Mekanika (7)

Tiket masuk ke SummerNats Malaysia selama empat hari adalah RM100 seorang. Tiket boleh diperolehi daripada laman web JPM/SummerNats atau agen tiket yang dilantik.  Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.summernats.com.au dan www.summernats.com.my

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button