Motosikal

SUZUKI GB HASILKAN SEMULA KOMPONEN UNTUK MODEL KLASIK RGV250 VJ22 GAMMA

Suzuki dilapor telah menghasilkan semula alat-alat ganti lama untuk Program Alat Ganti Vintaj, bermula dengan komponen bagi model RGV250 VJ22 (Gamma).

Keputusan itu diambil selepas perbincangan dengan para pemilik jentera dua lejang tersebut.

Mereka mendapati bahawa antara komponen yang paling sukar didapati atau tiada stok baru ialah komponen luar fork roda hadapan.

Justeru, Suzuki berjanji akan menghasilkan kembali alat-alat ganti penting untuk menambah stok dan membantu pemilik memastikan RGV250 masing berada dalam kondisi terbaik.

Usaha ini juga akan membantu projek-projek restorasi jentera replika perlumbaan itu.

Program Alat Ganti Vintaj untuk mengetahui jumlah alat hanti baharu yang masih ada untuk model-model klasik Suzuki dan terus digunakan oleh pemilik bagi tujuan restorasi.

“Kami melakukan indeks ke atas beratus-ratus alat ganti dan membantu pemilik mendapatkan alat ganti tulen.

“Dengan kilang sekarang menghasilkan semula alat ganti lama, ia jelas menunjukkan Program Alat Ganti Vintaj sememangnya berjaya,” kata Ketua Suzuki GB, Tim Davies.

Google ads
Back to top button