Buletin

SUZUKI TUBUH SYARIKAT R&D EV GLOBAL DI INDIA

Suzuki Motor Corp akan menubuhkan sebuah syarikat penyelidikan dan pembangunan global di India dalam usaha menjadikan pasaran sebagai itu hab kenderaan elektriknya (EV).

Syarikat baharu milik penuh Suzuki Jepun itu akan mengukuhkan daya saing dan keupayaan R&D Suzuki di India dan pasaran global yang lain.

Suzuki yang sudah membina kereta dengan enjin pembakaran dalaman di India bersama Maruti Suzuki akan mula mengeluarkan EV pada tahun 2025 di kilangnya di Gujarat. Ia juga sedang membina sebuah lagi kilang untuk menghasilkan bateri EV mulai 2026.

Pengeluar kereta Jepun itu berkata ia akan membelanjakan lebih AS$1.3 bilion (RM5.4 bilion) untuk rancangan elektrifikasi di India, menjadikannya salah satu pelaburan bateri dan kenderaan elektrik terbesar Suzuki di seluruh dunia. Ia telah melabur AS$8.1 bilion (RM36.4 bilion) di India.

Suzuki juga bekerjasama dengan Denso Corp Jepun dan Toshiba Corp untuk membina bateri litium-ion untuk kereta hibrid bagi kegunaan tempatan dan eksport.

Suzuki ialah pemilik majoriti Maruti yang menguasai pasaran kereta India dengan kenderaan kecil dan murah. Syarikat itu kini menghadapi saingan sengit apabila pembeli beralih kepada kenderaan lebih besar seperti SUV dan kereta yang lebih selamat.

India juga mendorong pembuat kereta untuk membina lebih banyak kereta elektrik dengan menawarkan insentif berbilion dolar.

Elektrifikasi dilihat sebagai satu cabaran bagi Maruti yang mahu New Delhi memberi insentif kepada semua teknologi, termasuklah hibrid dan etanol, bukan sekadar EV yang dijangka dilancarkan pada 2025.

Google ads
Back to top button