
SUZUKI PILIH INDONESIA, PRODUKSI KENDERAAN BAHARU
Umum mengetahui bahawa India merupakan pasaran automotif ketiga terbesar di dunia, di mana pada 2022, negara berkenaan mencatat jualan mencecah 4.85 unit.
Maruti Suzuki India Limited, pemegang bahagian pasaran terbesar dengan 40 peratus atau jualan 1.61 juta unit, menyatakan beberapa model keluaran Maruti Suzuki bakal ke pasaran global, salah satunya adalah Indonesia.
Kapasiti pengeluaran Suzuki di India telah mencapai lebih daripada 2 juta unit, dan ini dianggap tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan pasaran global.

“Atas dasar inilah Suzuki di Jepun merancang untuk memindahkan pengeluaran beberapa model dari India. Salah satu rancangannya ialah kilang pemasangan Suzuki di Indonesia,” kata Pengarah Pemasaran PT Suzuki Indomobil Sales (SIS), Donny Saputra.
Tambah beliau, perancangan tersebut akan dilaksanakan selewat-lewatnya pada 2024 atau 2025. Walau bagaimanapun, tiada pendedahan dibuat mengenai model yang akan diproduksi di Indonesia.
“Ketika ini, kapasiti terpasang di kilang Suzuki Indonesia ialah 300,000 unit, sementara kapasiti terpakai pula mencecah 200,000 unit setahun,” jelas Donny.
Untuk rekod, Suzuki Indonesia kini menerima beberapa model dari India seperti Grand Vitara, Baleno, S-Presso dan Ignis. Manakala produk keluaran tempatan ialah Carry, Ertiga, XL7 serta APV.
- BACA: HONDA AKAN PINDAH KILANG DARI INDIA KE INDONESIA. TINGKATKAN PELABURAN HINGGA RM1.49 BILION
- BACA: SUZUKI XL7 HYBRID TIBA DI PASARAN INDONESIA, DUA VARIAN, 103HP, HARGA BERMULA RM78K
- BACA: MUSK RANCANG BINA KERETA TESLA KOS RENDAH DI PASARAN INDIA
- BACA: BAJAJ QUTE – INI KAH KERETA YANG PALING MURAH DI INDONESIA?