Buletin

TACHYON SPEED – HYPERCAR ELEKTRIK DENGAN 1,250 HP KUASA!

Sebuah syarikat kejuruteraan kecil di California yang dinamakan Race Advanced Ebgineering System (RAESR) telah memperkenalkan sebuah hypercar keluaran mereka yang menggunakan kuasa elektrik.

Projek yang dimulakan sejak tahun ini telah berjaya menghasilkan sebuah model yang dinamakan Tachyon sempena dengan nama partikel hipotetik yang dikatakan bergerak lebih laju daripada cahaya. Jika benar angka yang diberikan, kereta ini memang layak digelar sebagai kereta elektrik terlaju di dunia.

Menurut RAESR, Tachyon ini dikuasakan dengan enam buah motor elektrik pacuan terus yang mampu menjana 1,250 hp kuasa dan 4,968 Nm tork! Sebagai perbandingan, Bugatti Chiron mempunyai tork maksima 1,600 Nm.

Buka itu sahaja, kehebatan kereta ini juga terletak pada beratnya yang cukup ringan hasil penggunaan gentian karbon yang menyeluruh. Ia mempunyai berat 1,338 kilogram sahaja (hampir sama dengan berat Proton Perdana). Kelebihan ini juga membantu Tachyon membuat pecutan 0-100 km/j hanya dalam masa kurang tiga saat. Kelajuan 120 km/j pula dalam masa kurang tujuh saat sebelum mencapai kelajuan maksima 386 km/j.

BACA: HYPERCAR 1500HP DARI SINGAPURA – VANDA DENDROBIUM

Selain daripada itu kekuatan Tachyon ini juga terletak pada downforce yang boleh ditetapkan menggunakan spoiler boleh dilaraskan kedudukannya. Pada mod low downforce, 181 kg downforce akan dihasilkan manakala 453 kg downforce pula dihasilkan dalam mod high downforce.

Syarikat RAESR juga mendakwa yang kereta ini mempunyai jarak operasi 241 kilometer dengan satu caj penuh sewaktu pemanduan di dalam bandar. Satu kenyataan yang berani memandangkan kereta ini sebuah model elektrik berkuasa tinggi.

Buat masa kini, tiada kenyataan dikeluarkan sama ada kereta ini akan dikeluarkan tapi jika dikeluarkan rasanya ia akan terjual dengan laris kerena ini merupakan antara kereta EV dengan prestasi dan rekaan paling agresif setakat ini.

Google ads
Back to top button