Buletin

TEKNOLOGI DI SEBALIK KONICA MINOLTA ICE-μ

Sekali pandang, gulungan filem tingkap kenderaan jenama KONICA MINOLTA ICE-μ kelihatan sama sahaja dengan filem di kedai-kedai lain.

konica-minolta-technology-mekanika (1)

Berwarna biru kehijau-hijauan, kepingan filem itu sebenarnya merupakan hasil kepakaran, teknologi optikal dan pengalaman selama lebih 100 tahun Konica Minolta dalam membangunkan filem berkualiti premium.

Filem itu sebenarnya sudah memasuki generasi kelima. Maka tidak hairanlah jika ia sudah menerima banyak bentuk penambahbaikan. Disifatkan sebagai yang terbaik dalam kelasnya, filem itu memiliki lapisan multi nano dieletrik reflektif bersama beberapa ciri-ciri termaju.

Hasil inovasi terkini, KONICA MINOLTA ICE-μ menawarkan aspek ketelusan cahaya dan penghalang haba yang mengagumkan. Pendek kata, cermin kenderaan ini tidak gelap, pada masa yang sama kabin juga tidak panas.

Semua itu hasil daripada teknologi kawalan jarak gelombang yang revolusionari dan kaedah lapisan tepat dan berkesan. Teknologi lapisan itu membolehkan KONICA MINOLTA ICE-μ menggunakan kaedah gulungan demi gulungan.

Maksudnya, beberapa lapisan dibuat secara sekali gus untuk hasil produksi yang lebih pantas dan stabil. Material lapisan dengan elemen yang sesuai digunakan untuk menghalang pencampuran lapisan sebagaimana yang boleh didapati pada filem kenderaan lain.

konica-minolta-technology-mekanika (2)

“Setakat ini, kekuatan filem KONICA MINOLTA ICE-μ ialah tiada gangguan isyarat elektronik kerana ia menggunakan material bukan metalik. Filem-filem sebelum ini, pengguna terpaksa mengeluarkan Smart Tag daripada kereta atau alat navigasi GPS dan telefon bimbit mereka gagal berfungsi dengan baik,” kata jurucakap pengedar tunggalnya, Jasa Sarjana Sdn. Bhd. (Jasa Sarjana).

Beliau juga menyatakan bahawa pihaknya membangunkan filem ini pada ketebalan 4 mil, kerana pelanggan tidak lagi mahukan 6 mil. Memang filem 6 mil lebih tebal, tetapi apabila terlalu tebal, ia akan bergesel dengan bingkai tingkap. Sekali gus membuatkan filem lebih mudah calar.

Justeru, Jasa Sarjana telah bekerjasama dengan beberapa pengeluar kenderaan tempatan bagi mengetahui keperluan mereka.

“Kami kenal pasti keperluan dan kaca yang mereka digunakan, sama ada lapisan UV atau tidak. Malaysia ialah sebuah negara yang unik kerana garis panduan yang diaplikasikan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Mujur juga pemahaman pengguna sekarang sudah berubah. Tingkap kenderaan tidak semestinya gelap untuk mendapatkan prestasi menahan haba yang lebih baik. Sebaliknya, filem KONICA MINOLTA ICE-μ agak cerah, tetapi ia tetap mampu menawarkan kualiti yang cukup memuaskan,” katanya lagi.

KONICA MINOLTA ICE-μ dikatakan sebagai filem kenderaan premium yang mesra alam. Sebabnya, apabila suhu kabin tidak terlalu panas, pemandu tidak perlu memasang pendingin hawa dengan maksimum, sekali gus dapat menjimatkan penggunaan bahan api.

Pengarah Besar, Bahagian Operasi Perniagaan Filem Konica Minolta, Shigeki Suzuki memberitahu, “Berbanding filem konvensional, KONICA MINOLTA ICE-μ mampu meminimumkan risiko kabin kenderaan menjadi kusam.

“Pandangan yang jelas membuatkan pemanduan pada waktu malam menjadi lebih selamat. Ia juga mengelakkan kaca daripada berkecai jika ia dipecahkan oleh penjenayah atau kenderaan terlibat dalam kemalangan. Jadi, tahap keselamatan pemandu dan penumpang dapat ditingkatkan.”

KONICA MINOLTA ICE-μ mula memasuki pasaran China pada tahun 2012, sebelum melebarkan pasarannya ke negara ASEAN, Asia Tengah dan Afrika. Setakat ini, maklum balas yang diterima cukup menggalakkan.

Di Malaysia, pengguna boleh mendapatkan filem KONICA MINOLTA ICE-μ daripada Jasa Sarjana. Ibu pejabat Jasa Sarjana terletak di Glenmarie, Shah Alam. Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi 03 5569 2230.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button