Buletin

TEKS1M GUNA TOYOTA INNOVA

Selaras dengan usaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatan teksi negara, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengumumkan penggunaan Toyota Innova TEKS1M sebagai model tambahan bagi Teksi 1 Malaysia.

Toyota-Innova-Reksi1M-mekanika (2)

Usaha ini dipercayai akan menambah jumlah TEKS1M yang sudah mula beroperasi di Lembah Klang, Johor dan Pulau Pinang. Majlis penyerahan tersebut dihadiri wakil-wakil gabungan dan persatuan-persatuan teksi.

Di bawah inisiatif Transformasi Industri Teksi SPAD, terdapat empat komponen utama iaitu menaik taraf hidup pemandu, mengurangkan kos operasi, menjalin kerjasama dan kawal selia serta mewujudkan sistem teksi moden bertaraf dunia. Komponen-komponen ini jelas akan memberi manfaat kepada pemandu teksi dan pengguna teksi.

Bagi meningkatkan taraf industri teksi negara, SPAD sedang menjalankan program latihan pemandu TEKS1M secara berperingkat. Program ini melibatkan pemandu individu dan pemandu yang telah bertukar kepada TEKS1M.

Toyota-Innova-Reksi1M-mekanika (1)

Tujuan SPAD mengadakan program Peningkatan Profesionalisme pemandu adalah bagi memberi kesedaran dan pengetahuan dalam hal-hal berkaitan undang-undang dan etika pemanduan.

Mulai Oktober 2014, semua teksi yang telah mencapai had usia dalam kelas lesen teksi telah diwajibkan untuk beralih ke TEKS1M. Ini merupakan sebahagian daripada program Industri Migrasi Teksi dalam menaik taraf perkhidmatan sedia ada.

Sehingga kini, sebanyak 3,367 kenderaan telah mendapat surat kelulusan bagi TEKS1M dan sedang dalam proses melesenkan kenderaan.

Dengan penglibatan UMW Toyota, ia akan memberikan pilihan tambahan kepada pengendali dan pemandu TEKS1M apabila mereka mahu menaiktaraf kenderaan mereka bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada penumpang.

Toyota-Innova-Reksi1M-mekanika (3)

Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ismet Suki memberitahu pihaknya berbesar hati kerana berpeluang untuk mengambil bahagian dalam inisiatif TEKS1M.

“Toyota Innova memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh pihak SPAD. Terutama dari segi keluasan ruang. Ia nyata menjadi pilihan kepada para pemilik teksi di bawah inisiatif TEKS1M,” kata Ismet.

UMW Toyota Motor telah menerima 300 tempahan Toyota Innova TEKS1M daripada syarikat-syarikat pengendali dan pemilik individu. Sebanyak 700 unit Toyota Innova TEKS1M dijangka dapat dijual sehingga sehingga akhir tahun ini.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button