Buletin

TEMPOH MENUNGGU SUZUKI JIMNY DI INDONESIA CECAH 5 TAHUN!

Tempoh menunggu Suzuki Jimny di Indonesia dilapor cukup lama. Namun, situasi itu tidak menghalang peminatnya untuk mendapatkan jentera kompak tersebut.

Pengarah Pemasaran PT. Suzuki Indomobil Sales, Donny Saputra memberitahu pihaknya masih menjual Jimny, tetapi tempahannya sudah ditutup.

“Kami telah menutup tempahan sejak September 2018 kerana mahu menyelesaikan pesanan yang diterima.

Sejak diperkenalkan secara rasmi pada acara Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) 2019, Jimny mendapat sambutan luar biasa.

Menurut Donny, pelanggan di sebahagian daerah harus menunggu dua hingga tiga tahun. Malah, ada yang terpaksa menunggu sehingga lima tahun!  

“Pengedar di Pondok Indah dengan di Bekasi pasti berbeza berdasarkan kepada lokasi. Masalahnya, masih ramai pelanggan yang ingin membuat tempahan kerana nilai jualan semula Jimny sangat tinggi,” kata Donny.

Donny menjelaskan bahawa sejak dilancarkan hingga sekarang, Suzuki Indonesia hanya mendapat kuota dalam jumlah yang sama iaitu 50 unit sebulan daripada Suzuki Jepun. Sedangkan angka tempahan jauh lebih tinggi.

Di Indonesia, Jimny ditawarkan pada harga bermula Rp409.5 juta rupiah (RM122,700) seunit. Ini merupakan kenaikan yanng tinggi berbanding ketika ia mula-mula dilancarkan iaitu sekitar Rp315.5 juta (RM94,500) sahaja.

Google ads
Back to top button