
TESLA MALAYSIA TAWAR TESLA WALL CONNECTOR BERNILAI RM2.8K – PERCUMA UNTUK PELANGGAN BUAT PESANAN SEBELUM 31 OKTOBER 2023
Tesla Malaysia baru-baru ini menawarkan satu unit Tesla Wall Connector percuma bernilai RM2,880 untuk pelanggan yang membuat pesanan sebelum 31 Oktober 2023.
Antara terma dan syarat ditetapkan oleh Tesla Malaysia ialah Tesla Wall Connector hanya boleh dipasang di alamat seperti tertera pada borang pesanan.
Di samping itu, untuk melayakkan diri mendapat pengecas ini ialah pemasangan mesti disiapkan dalam tempoh 3 bulan selepas penghantaran kenderaan.

Untuk rekod, Tesla Wall Connector dilengkapi kabel 7.3 meter dengan penyambung Type 2 selain terdapat sokongan WiFi untuk pemantauan jarak jauh serta kemas kini perisian.
Kos pemasangan RM2,200 (RM2,500 di Sabah danSarawak) hendaklah ditanggung oleh pelanggan, termasuklah peralatan standard seperti suis, pemutus litar, RCD dan papan agihan.
Untuk kos kabel, ia hanya bernilai RM36 semeter untuk kabel standard termasuk trunking/konduit, atau RM60 semeter untuk armoured cable.
Selain itu, sekiranya pelanggan memerlukan Tesla Wall Connector tambahan, ia boleh dibeli sehingga dua unit selain mempunyai alternatif lebih efektif, memasang berbilang (sehingga enam) Tesla Wall Connector pada satu litar bagi membolehkan ciri ‘perkongsian kuasa’.
Bukan itu sahaja, Tesla Malaysia turut menawarkan jaminan 12 bulan sepanjang tempoh promosi. Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi talian hotline Tesla MY di 1800810656 – Paultan
- BACA: LIBERTY INSURANCE TAWAR PERLINDUNGAN KOMPREHENSIF INSUREMYTESLA
- BACA: PELANGGAN TESLA CYBERTRUCK PERLU KESABARAN TINGGI – TEMPOH PENGHANTARAN MAKAN MASA LIMA TAHUN
- BACA: TESLA BAKAL BUKA TEMPAHAN TESLA MODEL 3 OKTOBER NANTI, ANGGARAN HARGA RM160K
- BACA: TESLA MODEL Y RASMI DILANCARKAN, TIGA VARIAN, 534HP, JARAK GERAK 533KM, HARGA BERMULA RM199K