
TESLA SEDIA MELABUR RM23.4 BILION DI THAILAND – GOOGLE, MICROSOFT TURUT TUNJUK MINAT
Tesla sedia melabur sekurang-kurangnya AS$5 bilion (RM23.4 bilion) bagi membina kemudahan pembuatan EV di negara tersebut, dalam merangka strategi meluaskan lagi pasaran kenderaan elektrik jenama itu.
Perkara berkenaan disahkan oleh Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin ketika bercakap kepada pemberita di Bangkok selepas menghadiri Perhimpunan Agung PBB di New York.
Selain Tesla, turut menyatakan minat melabur di negara tersebut termasuklah Microsoft serta Google.

“Tesla akan meneliti kemudahan pembuatan EV, Microsoft dan Google sedang melihat pusat data,” katanya.
Tesla, Google dan Microsoft bagaimanapun masih belum memberi sebarang kenyataan mengenai perkhabaran tersebut.
Menurut Srettha, pelaburan asing baharu dijangka akan meningkatkan ekonomi Thailand yang lemah.
Tambahnya lagi, beliau percaya dengan tawaran insentif kepada pembuat EV, bateri, serta pemotongan cukai kepada pembeli EV, mampu menjadikan Thailand sebagai pusat kereta serantau.
- BACA: CHANGAN AUTOMOBILE LABUR RM1.3 BILION DI THAILAND, BINA KILANG PENGELUARAN EV PEMANDUAN KANAN
- BACA: MEMASUKI DI PASARAN THAILAND HANYA KHABAR ANGIN, FOKUS PELABURAN DI MALAYSIA – GEELY
- BACA: INDONESIA ATASI THAILAND DAN MALAYSIA, CATAT REKOD JUALAN KERETA LEBIH 500,OOO UNIT
- BACA: KETIDAKSTABILAN POLITIK, JUALAN KERETA DI THAILAND MENURUN