Buletin

TOURING SUPERLEGGERA PERKENAL AERO 3. TERHAD 15 UNIT SAHAJA, 740 PS/ 690NM

Pengeluar Itali, Touring Superleggera memperkenalkan jentera terbaharu yang dikenali sebagai AERO 3.

Jentera terbaharu yang terhad kepada 15 unit sahaja ini mendapat inspirasi dari kereta lumba Alfa Romeo 8C 2900 B LM Coupé Berlinetta Aerodinamica yang menyertai Le Mans pada tahun 1938.

Justeru, tidak hairanlah rekaan supercar ini memiliki persamaan dengan Alfa Romeo Disco Volante yang dibangunkan pada tahun 2013.

Bersesuaian dengan amalan Touring, AERO 3 mengelak dalam rekaan bentuk tajam dan bersudut bagi memastikan ia lebih melengkung pada jentera.

Selain itu, ia dipahat dengan terperinci dalam memberikan bentuk dinamik serta kekuatan jitu pada badan jentera ini.

Bahagian hadapan juga menampilkan rekaan lebih muscular menekankan sesuatu yang segar serta berprestasi tinggi untuk dijadikan pilihan pembeli kelak.

Model AERO 3 ini memiliki sirip di bahagian belakang sekali gus memperlihatkan signatur Toruing dalam memberi aerodinamik pada supercar terbaharu ini.

Ia berikutan jentera terbaharu ini tidak didatangkan dengan fungsi aerodinamik.

Gentian karbon turut digunapakai dalam pembikinan jentera agar dapat mengurangkan berat sebanyak yang mungkin agar memperlihatkan pengendalian dan pemanduan lebih pantas.

Bahagian luaran mendapat sentuhan warna merah (Stratosphere Red) seakaan Disco Volante Coupe Number One yang cukup anggun dan mempesona.

Memasuki bahagian kokpit pula, ia masih mendapat sentuhan warna sama seperti luaran malah diperinci lagi dengan gentian karbon mattemenyerlahkan kemewahan jentera ini .

AERO 3 menawarkan kulit Foglizzo yang membaluti tempat duduk serta didatangkan tali pinggang keledar Sabelt.

Jentera ini mendapat khidmat enjin 6.3 liter V12 yang mampu menghasilkan 740 PS dan tork 690 Nm dengan pacuan roda belakang tujuh kelajuan. Ia berupaya memecut 0-100 km/j dalam tempoh 3.1 saat.

“AERO 3 merupakan demonstrasi ketahanan kami sebagai organisasi, ketekunan dan keinginan kami untuk berjaya.

“Ia merupakan penghargaan selepas berdepan kesukaran pada awal bulan tahun ini terutama dalam sector automotif,” kata Pengurus Besar Touring Superleggera.

Beliau menambah tiga unit jentera terbaharu ini daripada 10 yang dibangunkan telah dijual kepada pembeli.

Dalam pada itu, EuroSports Auto akan menerima produksi unit pertama AERO 3 di Singapura dan rantau Asia Pasifik.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Andy Goh, sejak 2012, EuroSports Auto telah melancarkan pelbagai model Touring Superleggera.

“EuroSports Auto melancarkan satu lagi jentera ultra mewah buatan tangan Itali dengan pengenalan AERO 3 ini,” katanya.

Google ads
Back to top button