Buletin

TOYOTA HILUX LAKU TERUK DI AUSTRALIA, KALI KE-19!

Kereta paling laris di negara kita sekarang ialah Perodua Myvi. Dalam barisan kenderaan Perodua yang kedua laris ialah Axia, Bezza dan Alza. Tempat akhir sekali ialah Perodua Kembara. Okay acah sahaja. Tapi mungkin akan naik carta juga apabila model SUV Perodua akan dilancarkan beberapa ketika nanti.

Di peringkat global pula, kenderaan Toyota berada di merata-rata tempat sehinggalah bersaing rapat dengan kumpulan Volkswagen dalam menduduki takhta jualan terbanyak dunia.

Walaupun bersaing ketat dengan VW, Toyota juga bersaing dengan jenama senegara iaitu Honda. Malaysia adalah salah satu negara tersebut dan sudah beberapa tahun Honda mengatasi jualan Toyota.

Di banyak negara lain Toyota berada di tempat pertama dan Australia tidak terkecuali.

Satu yang istimewa tentang Australia ialah kenderaan terlarisnya bukan kereta penumpang tetapi sebuah pikap. Apa lagi jika bukan Toyota Hilux.

Tempat kedua barulah kereta penumpang iaitu Toyota Corolla. Gabungan kedua-dua model ini paling laris pada bulan April 2018 dan sebenarnya sudah 19 kali menduduki takhta 1-2.

Jualan Hilux pada bulan April ialah hampir 3,600 unit manakala jualan Corolla pula hampir 3,000 unit.

Yang ini Toyota Corolla Hatchback baru

Bermula Januari hingga April 2018, jualan kumulatif Hilux lebih dari 16,200 unit. Jualan Perodua Myvi di dalam negara setakat Mac 2018 lebih hebat iaitu sebanyak 24,473 unit.  

Toyota Corolla pula adalah kereta penumpang terlaris Australia setakat ini dengan penghantaran lebih dari 12,200 unit dan terus menerajui takhta jualan sejak lima tahun lalu.

Jualan Perodua Bezza setakat Mac 2018 ialah 10,101 unit. Kenapa dibandingkan Myvi dan Bezza pula?

Yang ini legenda Malaysia – Myvi!

Entah, saja nak buat perbandingan di antara kenderaan popular di Australia dan Malaysia.

Dari segi penguasaan pula, Toyota mendominasi pasaran pada bulan April sebanyak 20.1 peratus.

Jualan keseluruhan Toyota setakat April 2018 ialah sebanyak 69,000 unit dan ia merupakan jualan paling banyak sejak 2008.

Selain Hilux dan Corolla, model-model popular lain di Australia ialah siri LandCruiser seperti Prado, 70 series dan 200 series, Kluger, dan Hiace.

Okay okay, Toyota is King!

BACA: TOYOTA DAN DAIHATSU DI INDONESIA : BEREBUT PELANGGAN KE TAK NI?

BACA: TOYOTA RAV4 – PESAING HONDA CR-V NUN JAUH DI AMERIKA SYARIKAT

Google ads
Back to top button