
TOYOTA MULA JUAL EV bZ4X DI CHINA. 5 VARIAN, PACUAN FWD/AWD, 615KM SEKALI CAJ, BERMULA RM145K
Toyota Motor sudah memulakan pra-jualan model elektrik pertamanya, bZ4X di pasaran China pada 28 April lalu. EV berkenaan dikilang dan dijual oleh GAC Honda dan FAW-Toyota.
Hadir dalam lima varian, bZ4X ditawarkan pada harga bermula 220,000 yuan (RM145,000) hingga 300,000 yuan (RM197,650) seunit.
Dibina di atas platform e-TNGA, bZ4X mempunyai dimensi 4,690mm panjang, 1,860mm lebar dan setinggi 1,650mm, hampir sama dengan saiz SUV RAV4. Bagaimanapun, tapak roda bZ4X ialah 2,850mm, 190mm lebih panjang berbanding RAV4.
Ditawarkan dalam empat pilihan warna, jentera itu mahu bersaing secara langsung dangen Volkswagen ID.4 di China.

Toyota memberitahu bahawa ia melengkapkan bZ4X dengan satu panel solar pada bahagian bumbung yang mampu menghasilkan bekalan elektrik dan membolehkan SUV itu bergerak sejauh 1,750km setahun.
bZ4X dilengkapi sistem keselamatan Toyota Safety Sense generasi ketiga yang menawarkan fungsi bantuan pemandu tahap 2. Ciri-ciri pintar lain termasuklah chip pemanduan autonomi Mobileye EyeQ4, kamera monokular hadapan, selain 12 radar ultrasonik dan gelombang milimeter.
bZ4X juga akan menggunakan sistem steer-by-wire yang membolehkan pemandu melakukan pusingan U dengan sebelah tangan sahaja.
Toyota bakal menawarkan bZ4X dalam varian pacuan hadapan (FWD) dan semua roda (AWD). Varian FWD menggunakan motor elektrik berkapasiti 150kW yang membolehkannya memecut dari 0-100km/j dalam masa hanya 8.4 saat.

Varian AWD pula menggunakan motor elektrik 80kW dan berupaya memecut dari 0-100km/j dalam masa cuma 7.7 saat.
Dari segi jarak pula, Toyota mendakwa pek bateri yang dihasilkan oleh Panasonic membolehkan bZ4X versi FWD bergerak sejauh 615km dengan sekali caj penuh. Sementara varian AWD didatangkan dalam dua pilihan jarak iaitu 500km dan 560km, terima kasih kepada bateri 72.5 ternary daripada CATL.
Bateri berkenaan menyokong pengecasan pantas (DC) 150kW yang membolehkannya dicaj dari 0 ke 80 peratus dalam masa 30 minit sahaja.
- BACA: HYUNDAI KEMBALI MASUK PASARAN JEPUN – LAPORAN
- BACA: TOYOTA SUDAH GILA, BAKAL LANCARKAN 16 KERETA ELEKTRIK
- BACA: STERING SEPARUH : ANTARA REKAAN (FORM) DAN FUNGSI (FUNCTION)
- BACA: TOYOTA HASILKAN VIDEO PROSES PENGECASAN EV UNTUK MODEL BZ4X
GALERI








