Buletin

TOYOTA NEW ZEALAND PERKENAL EDISI TERHAD HILUX MAKO. 250 UNIT SAHAJA

Toyota New Zealand mengumumkan pengenalan model edisi terhad Hilux yang dikenali sebagai Mako.

Model edisi khas ini yang mendapat nama daripada ikan jerung  spesies Mako atau Blue Pointer dibangunkan berdasarkan Hilux facelift.

Hilux Mako menampilkan penambaikan sistem suspensi sebanyak 40 mm di hadapan, dan 50 mm di bahagian belakang berbanding Hilux Rugged X.

Selain itu, ia dilengkapi penyerap hentak boleh laras meningkatkan keupayaan off-road jentera terbaharu ini.

Sistem brek turut dinaik taraf dengan jenis braided yang digunakan pada model Fortuner dalam memastikan cengkaman lebih mantap.

Bahagian luaran, jentera yang kelihatan garang ini dilengkapi lampu bar LED, fender flare, bampar dengan rekaan agresif dan plat bash.

Tidak lengkap kalau tidak didatangkan bersama rim yang menarik. Mako mendapat rim aloi Rhino 18 inci dengan dibaluti tayar semua permukaan Maxxis Razr 265/60.

Hilux Mako mendapat khidmat enjin diesel 2.8 liter turbo diesel yang mampu menjana 201 hp dan tork 500 Nm. Ia dijual pada harga AS$52,985 (RM 220,444) dan terhad 250 unit sahaja di pasaran New Zealand. – carscoops.

Google ads
Back to top button