Buletin

TURUN TANGGA NAIK SUV, WANITA SALAHKAN GPS

Seorang wanita yang dikatakan mabuk di Amerika Syarikat (AS) dilapor memandu kenderaannya menuruni tangga di sebuah garaj, lapor laman berita Wion News semalam.

Wanita berusia 26 tahun itu berkata, insiden itu berpunca daripada kesilapan aplikasi sistem pengesanan global (GPS). 

Dia memandu kenderaan utiliti sukan (SUV ) di atas tangga menuju ke garaj Jabatan Polis Portland. Polis mendakwa bahawa wanita itu memandu dalam keadaan mabuk.

“Seorang wanita berusia 26 tahun memandu melalui Jabatan Polis melintasi plaza pejalan kaki kami dan kemudian cuba menuruni tangga ke Middle Street. 

“Wanita itu memberitahu bahawa dia mengikut arahan aplikasi GPS, tetapi pegawai yang menyiasat kes tersebut berpendapat kejadian itu berpunca daripada perbuatan memandu di bawah pengaruh alkohol ,’’ kata kenyataan polis.

Tambah kenyataan sama, wanita itu kemudian disaman kerana memandu di bawah pengaruh alkohol.

“Kami bernasib baik kerana dia tidak melanggar sesiapa dan kejadian itu berakhir dengan hanya kerosakan harta benda. Tolong jangan minum arak dan  memandu,’’ jelas kenyataan itu. – Agensi

Google ads
Back to top button