Artikel Pilihan

WUPPERTAL SCHWEBEBAHN – MONOREL TERGANTUNG TERTUA DI DUNIA YANG MASIH LAGI BEROPERASI SEHINGGA KINI

Di negara Jerman, telah wujud sebuah sistem Monorel Tergantung yang dianggap cukup terkenal di seluruh pelusuk dunia, Wuppertal Schwebebahn yang mana kewujudannya telah melangkaui seratus tahun. Wuppertal Schwebebahn ini telah pun bermula seawal tahun 1901.

  • Nama asal bagi Wuppertal Schwebebahn ini adalah Einschienige Hängebahn System Eugen Langen (“Eugen Langen Monorail Overhead Conveyor System”).
  • Sistem Monorel Tergantung yang unik ini telah direka oleh Carl Eugen Langen yang juga merupakan seorang Jurutera dan juga Usahawan di era tersebut.
  • Asalnya Carl Eugen Langen menawarkan rekaan Monorel Tergantung ini di beberapa bandar utama seperti Berlin dan juga Munich namun telah ditolak ideanya.
  • Kerja – kerja pembinaan Monorel Tergantung Schwebebahn ini telah bermula pada tahun 1898 dan memulakan operasi pada Mac 1901 membabitkan laluan pertama Kluse ke Zoo/Stadion membabitkan jarak 4.59 km yang kemudiannya diikuti dengan pembukaan beberapa laluan tambahan.
  • Dikhabarkan sejumlah 19,200 tan besi telah digunakan untuk pembinaan struktur binaan stesen dan juga rangka bagi Monorel Tergantung ini dengan kos membabitkan sejumlah 16 juta duit Jerman di kala itu.
  • Monorel Tergantung Schwebebahn ini pernah beberapa kali terlibat dengan kemalangan / kerosakan. Namun satu kemalangan dasyat pernah berlaku pada 12 April 1999, yang berpunca daripada serpihan besi yang tertinggal pada rel. Sebuah Monorel Tergantung yang melalui terbabit dengan kemalangan tersebut dan mengakibatkan lima nyawa terkorban dan 47 mangsa mengalami kecederaan.
  • Koc generasi baharu yang dikenali sebagai Generation15 telah mula digunakan bermula pada tahun 2015 seiring dengan peredaran zaman.
  • Sebuah koc asal dari era 1900an yang klasik dengan gelaran Imperial Carriage telah dikekalkan dan masih digunapakai bagi tujuan sewaan untuk majlis perkahwinan misalannya.
  • Kelajuan asal model prototaip Monorel Tergantung ini adalah 16 km/j maksimum. Namun kelajuan model koc terkini berupaya mencecah sehingga 70 km/j namun ianya dihadkan kelajuan sehingga 60 km/j sahaja atas faktor regulasi.
  • Kini, Wuppertaler Schwebebahn terus menjadi nadi utama buat penduduk dengan secara purata 80,000 penumpang untuk sehari hari menggunakannya.

BACA : MONOREL TERGANTUNG – BENARKAH IANYA WUJUD?

BACA : MINNATURE MALAYSIA. SUMPAH BEST! RUGI KALAU TAK PERGI

Google ads

B K

Back to top button