Artikel PilihanBuletin

EPA HAPUSKAN INSENTIF SISTEM START/STOP UNTUK KERETA

Dalam satu perkembangan yang mengejutkan, EPA mengambil tindakan deregulasi yang secara efektif mengakhiri kewajipan sistem auto stop/start pada kereta baru.

Pentadbiran Environmental Protection Agency (EPA) di Amerika Syarikat telah mengumumkan bahawa mereka akan menghapuskan insentif yang mendorong pengeluar kereta menggunakan sistem auto stop/start, satu ciri yang secara automatik mematikan enjin kenderaan apabila berhenti, kemudian menghidupkannya semula apabila pemandu mula bergerak.

Tanpa kredit dan insentif ini, sistem tersebut dijangka tidak lagi dipasang pada model-model baru yang akan datang. Langkah ini seiring dengan usaha yang lebih besar oleh EPA untuk mengurangkan peraturan ke atas piawaian emisi dan penggunaan bahan api.

Pada asalnya, pengeluar kereta memasangkan sistem ini untuk membantu mereka memenuhi sasaran efisiensi bahan api dan pengurangan gas rumah kaca yang ditetapkan oleh peraturan kerajaan. Ciri ini boleh membantu menjimatkan sedikit bahan api semasa memandu dalam lalu lintas yang yang sesak teruk

Dalam peraturan baharu yang dimuktamadkan pada Februari 2026, semua “off-cycle credits” termasuk kredit untuk auto stop/start telah dihapuskan. Kredit ini sebelum ini memberi mata kepada pembuat kereta kerana memasang ciri yang menjimatkan bahan api, walaupun manfaatnya dalam keadaan sebenar sering dipersoalkan.

EPA turut menyatakan bahawa ciri seperti stop/start yang dibenci oleh ramai pemandu tidak lagi akan diberi insentif melalui peraturan kerajaan US. Walaubagaimanapun, pengeluar kereta masih boleh memasang auto stop/start jika mereka mahu, tetapi ia tidak lagi menjadi sesuatu yang diharuskan sebagai sebahagian daripada pematuhan peraturan emisi dan efisiensi.

Kemungkinan besar selepas ini ia akan menjadi pilihan tambahan atau mungkin hilang sepenuhnya daripada banyak model. Berita ini mungkin disambut baik oleh pemandu yang tidak menyukai sistem auto stop/start, kerana pengeluar tidak lagi diwajibkan untuk menyertakannya pada setiap kenderaan.

Google ads
Back to top button