Buletin

EUROREPAR OLEH STELLANTIS- RASMI MASUK PASARAN MALAYSIA

Stellantis yang merupakan pengeluar automotif global dan peneraju kepada servis mobiliti telah mempamerkan Eurorepar iaitu pusat sehenti dan pembekal pelbagai komponen automotif yang dinaungi oleh Stellantis di Automechanika Kuala LUmpur 2025

Ini menandakan pertama kali jenama Eurorepar menawarkan pembagai jenis produk, komponen dan juga servis untuk pasaran Malaysia dalam usaha menghubungkan pemegang taruh Stellantis dan juga pemain industri tempatan

Ditubuhkan pada tahun 2022, Eurorepar menawarkan pelbagai jenis komponen secara menyeluruh, meliputi sehingga 17,000 produk termasuk alat ganti, aksesoru, tayar, minyak pelincir dan juga pelbagai jenis alat ganti pakai buang bagi jenama Stellantis

Pengenalan Europar termasuk Europar Car Servis akan diposisikan sebagai pusat servis pelbagai jenama dengan jaringan meluas untuk menawarkan khidmat nasihat berkenaan servis, pembaikan dan juga penyelenggaraan bagi jenama di bawah Stellantis.

Dengan pengalaman yang meluas di 30 buah negara dan jaringan 6500 pusat servis semenjak tahun 2003, Europar Car Servis bercita-cita untuk menukar ekosistem servis kenderaan di Malaysia daripada berpaksikan keuntungan semata-mata kepada nilai dan juga kualiti.

Matlamat ini akan mendorong pusat servis untuk terus memartabatkan kualiti dan nilai profesional dalam perniagaan dan pada masa yang sama menawarkan kos servis yang munasabah serta disokong oleh alat ganti tulen yang diperakui

“Permulaan strategic Europar dan jaringan Europar Car Services di Malaysia menjadi satu titk permulaan dan perkembangan Stellantis secara global terutama dalam memberikan khidmat selepas jualan. Europar Car Services menawarkan pusat sehenti menyeluruh untuk alat ganti berkualiti dan khidmat penyelenggaraan profesional bagi pasaran Malaysia yang semakin berkembang” Isaac Yeo, Pengarah Urusan Stellantis ASEAN


Regional Part Hub yang terletak di kawasan strategik Port Klang Free Zone akan bertindak sebagai tulang belajang Eurorepar, memastikan semua komponen sampai dengan tepat dan dihantar mengikut masa yang ditetapkan kepada pengedar, pelanggan dan juga rakan niaga

Eurorepar dan Eurorepar Car Servis memberi penekanan kepada aspek ketenangan jiwa kepada pelanggan apabila berurusan, dengan servis yang diyakini dan profesional tanpa mengira umur kenderaan. Kelebihan yang ada pada Europar ialah pelanggan boleh memilih samaada untuk menggunakan komponen OEM ataupun produk Europar pada harga yang lebih kompetitif.

Komponen alat ganti yang dijual oleh Europar akan menjadi pilihan yang lebih bijak, lebih unggul berbanding dengan alat ganti tiruan ataupun alat ganti kualiti rendah yang sedia ada di pasaran

“Dengan penawaran alat ganti meliputi sehingga 60 buah model, Europar akan membekalkan pilihan alat ganti mampu milik pada harga yang diterima oleh pengguna tempatan. Malah selain alat ganti, pelanggan boleh mencari nasihat servis yang profesional dan mampu milik”.

“Kita sangat yakin melalui penawaran servis dan alat ganti OEM bertaraf profesional pada kadar harga yang efektif menerusi pusat servis tempatan, kita mampu menembusi permintaan servis yang unik menerusi jenama Europar. Berikutan permintaan tempatan yang menggalakkan, kami akan melancarkan pengedar alat ganti dalam masa terdekat”.

Europar dan Europar Car Servis diposisikan sebagai pusat servis yang mengkhususkan pelbagai jenama di bawah payung Stellantis, Europar akan menerima sokongan menyeluruh servis selepas jualan, latihan dan juga pelbagai kursus yang akan disediakan oleh Stellantis

Semua alat ganti Europar akan dilindungi dengan jaminan selama 2 tahun bagi memastikan kecekapan operasi dan juga ketenangan fikiran kepada agen servis serta pelanggan.

Google ads
Back to top button