Artikel PilihanBuletin

FIREFLY – INI BUKAN TAMBANG MURAH, INI KERETA ELEKTRIK UNTUK KANAK-KANAK

Kereta elektrik yang dibangunkan khas untuk kanak-kanak berusia lima hingga sepuluh tahun telah dilancarkan secara rasminya baru-baru ini.

Firefly-electric-car-5-10-year-olds-mekanika (6)

Diberi nama Firefly, kereta yang pertama seumpamanya di dunia itu direka, dijurutera dan dihasilkan di United Kingdom (UK). Ia merupakan hasil kerja Young Driver Motor Cars Limited, anak syarikat sekolah memandu bawah 17 tahun paling besar di UK, Young Driver.

Firefly yang berkapasiti dua tempat duduk boleh laras itu mula didedahkan sebagai prototaip pada acara Gadget Show Live, April lalu. Sejak itu Young Driver Motor Cars Limited giat membangunkan Firefly dan bekerjasama dengan pereka bentuk serta pembekal komponen automotif utama di UK. Hasilnya, model itu mampu dikendali dan dipandu seperti sebuah kereta bersaiz penuh.

Firefly-electric-car-5-10-year-olds-mekanika (4)

Firefly dijana oleh rangkaian kuasa canggih yang terdiri daripada dua motor elektrik berkuasa 12v dengan pengecas 240v. Kelajuannya dihadkan kepada 16km/j. Ia menawarkan mode Junior atau Experienced.

Secara ringkasnya, spesifikasi teknikal Firefly terdiri daripada brek cakera hidraulik, stereng jenis rack and pinion, suspensi bebas, papan pemuka dengan tablet elektrik, lampu utama dan belakang LED,  dan reka bentuk luaran menarik yang direka oleh pereka veteran, Chris Johnson. Johnson memiliki pengalaman selama 30 tahun dalam reka bentuk automotif serta pernah bekerja dengan Rover, Jaguar, Ford dan Volvo.

Firefly-electric-car-5-10-year-olds-mekanika (1)

Berfungsi dalam mode bergerak ke hadapan dan mengundur, Firefly turut didatangkan dengan satu suis kawalan jauh yang membolehkan penjaga memberhentikan kereta dari jarak 120 meter jika ada kecemasan.

Alat pengesan automatik dan had kelajuan 8km/j akan dinyahaktifkan dalam mode Experienced. Tetapi kawalan jauh masih boleh dioperasi.

Firefly-electric-car-5-10-year-olds-mekanika (5)

Lebih menarik lagi, Firefly hadir bersama pelbagai aksesori seperti kombinasi warna badan, lencana dan instrumen individual, tempat duduk dan stereng dibalut kulit, indikator tekanan tayar tanpa wayar serta sistem audio.

Orang ramai di seluruh dunia boleh membeli Firefly mulai tahun depan pada harga bermula £5,750 (RM31,120) + VAT.

Google ads
Back to top button