Buletin

FIREFLY AKAN JADI SYARIKAT PENERBANGAN NASIONAL JIKA MALAYSIA AIRLINES DITUTUP

Khazanah Nasional Berhad mempunyai pilihan untuk menyalurkan dana kepada syarikat penerbangan tambang murah Firefly yang mungkin beoleh menjadi syarikat penerbangan nasional jika Malaysia Airlines (MAS) ditutup.

Komen yang dibuat Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Shahril Ridza Ridzuan semalam kepada Berita Harian itu merupakan kenyataan awam pertama oleh sayap pelaburan negara tersebut.

Ia akan menjadi pilihan terakhir sekiranya rundingan di antara Khazanah dengan pemiutang dan pemajak pesawat tidak mencapai persetujuan terbaik. 

Buat masa sekarang, rundingan itu masih berjalan.

Firefly yang mengeoperasi 12 unit pesawat turboprops dengan kebanyakannya melibatkan penerbangan dalam negara itu dimiliki oleh Malaysia Aviation Group (MAG).

Berdasarkan kepada surat MAG yang dihantar ke pemajak, Firefly akan menerima pesawat kecil sebelum mendapatkan pesawat lebih besar daripada pasaran jika Pelan B dilaksanakan. 

Khazanah, pemegang tunggal saham dalam MAG dilapor akan membincangkan langkah seterusnya apabila hasil perbincangan mengenai penstrukturan semakin jelas. 

“Jika Khazanah terus membiayai Malaysia Airlines yang tidak mempunyai kedudukan kewangan kukuh dan sentiasa rugi, Khazanah terpaksa melepaskan pegangannya ke dalam aset strategik lain atau terpaksa terus menanggung hutang,” kata Shahril. 

Minggu lalu, Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz menyatakan kerajaan tidak akan menawarkan sokongan kewangan kepada Malaysia Airlines. 

Dalam perkembangan berkaitan, Malaysia Airlines akan akur dengan pandangan pemegang sahamnya, Khazanah jika ia mahu menjadikan Firefly sebagai syarikat penerbanygan nasiona sebagai pilihan terakhir. 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines, Kapten Izham Ismai menyatakan bahawa pihaknya  menerima pandangan itu. Beliau faham pemegang saham inginkan langkah yang terbaik bagi terus menjana ekonomi negara melalui sumbangan sektor penerbangan. 

Jadi, tanggungjawab dan fokus utama kumpulan ketika ini adalah untuk mendapatkan kata sepakat daripada pihak pemiutang, pemajak pesawat dan pembekal untuk bersetuju dengan penstrukturan semula kos asas bagi memastikan kelestarian perniagaan. 

Objektif kumpulan masih sama iaitu untuk menyokong rantaian ekonomi perniagaan yang berkaitan dan terus mengibarkan bendera Malaysia ke serata dunia melalui industri penerbangan tanah air. MAG kini sedang sedaya-upaya untuk memastikan penstrukturan itu berjaya. 

MAG juga akan melakukan segala yang termampu untuk memastikan kebajikan kakitangan terbela jika penstrukturan ini gagal dan memaksa MAG ditutup. – Berita Harian, The Star 

Google ads
Back to top button