
GENERAL TIRE RASMI MEMASUKI PASARAN MALAYSIA
Continental Tyre Malaysia memperkenalkan secara rasmi jenama General Tire kepada pasaran tempatan, sekali gus membuka lembaran baharu untuk pilihan tayar yang tahan lasak dan berprestasi tinggi bagi pemandu di Malaysia.
General Tire, yang lahir lebih seabad lalu dan menjadi sebahagian daripada keluarga Continental sejak 1987, terkenal dengan gabungan teknologi Jerman serta ketahanan yang telah terbukti.
Jenama ini menawarkan rangkaian tayar yang sesuai untuk pelbagai segmen kenderaan termasuk kereta penumpang, SUV, MPV dan trak pikap 4×4.


Untuk peringkat awal, empat siri produk diperkenalkan khas bagi memenuhi keperluan pengguna tempatan:
- Altimax GC5 – menawarkan keselesaan pemanduan, bunyi rendah serta penjimatan bahan api (14–15 inci).
- Altimax GS6 – direka dengan cengkaman kukuh, jarak brek lebih pendek, dan ketahanan lebih lama untuk perjalanan senyap (15–19 inci).
- Grabber AT6 – sesuai untuk pemanduan lasak di luar jalan raya dengan kawalan stabil dan tahap bunyi rendah (16– 18 inci).
- Grabber HT6 – menekankan keselamatan dengan cengkaman brek yang mantap di jalan basah, selain keselesaan dan jangka hayat panjang (16– 20 inci).
Dengan saiz tayar bermula dari 14 hingga 20-inci, General Tire menyasarkan untuk menjadi pilihan utama bagi mereka yang mahukan prestasi, kebolehpercayaan serta nilai berbaloi untuk setiap kilometer perjalanan.


Menurut Continental, kehadiran General Tire di Malaysia bukan sekadar menambah variasi pilihan tayar, tetapi juga untuk memberi inspirasi kepada pemandu yang mengutamakan kebebasan bergerak serta keseronokan meneroka destinasi baharu.
Produk General Tire kini boleh diperoleh melalui pengedar sah Continental di seluruh negara, selain platform e-dagang seperti Shopee, Lazada, dan TNG eWallet.
- BACA: VINFAST LẠC HỒNG 900 LX – INI SUV KE KERETA KEBAL?
- BACA: AUDI Q3 e-HYBRID BAHARU – DEFINASI BAHARU UNTUK SEBUAH SUV KOMPAK PREMIUM
- BACA: ZEEKR 9X DILANCARKAN DI CHINA – JANA 1,381HP, JARAK GERAK SEHINGGA 1,250KM
- BACA: XPENG G6 FACELIFT 2025. BATERI LFP BAHARU, JARAK 525KM SEKALI CAJ, BERMULA RM179K