Buletin

AUDI Q3 e-HYBRID BAHARU – DEFINASI BAHARU UNTUK SEBUAH SUV KOMPAK PREMIUM

Model SUV kompak Audi Q3 ini sememangnya menjadi pilihan sebagai model SUV kompak premium selama lebih daripada 10 tahun dalam pasaran. Dan kini generasi ketiganya telah bersedia untuk meneruskan legasi jenama Q3 ini.

Selain daripada model enjin pembakaran dalaman, generasi ketiga Audi Q3 ini juga turut menawarkan varian e-hybrid kepada pengguna.

Penggayaan Audi Q3 kini mengikut acuan yang serupa dengan model Q5 baharu, dengan bahagian hadapan SUV kompak itu menampilkan lampu hadapan LED Matrix digital yang menggunakan modul LED mikro buat kali pertama untuk Audi Q3 ini. Menariknya penggunaan teknologi LED mikro ini meningkatkan pencahayaan dengan lebih jelas.

Melengkapkan penampilan luaran adalah roda aloi baharu bersaiz 18 inci secara standard atau pun boleh memilih varian S Line yang dilengkapi dengan roda aloi bersaiz 19 inci. Manakala varian tertinggi Edition 1 pula hadir dengan pilihan roda aloi bersaiz 20 inci.

Bahagian kabin menampilkan ciri dengan penyesuaian suasana dalaman ideal dengan ciri seperti kawalan iklim 3 zon, membolehkan setiap penumpang menyesuaikan suhu mereka mengikut keutamaan mereka. Selain itu, pemandu juga boleh menggunakan apl MMI atau myAudi untuk menyejukkan atau memanaskan kereta secara kawalan dari jauh sebelum anda mula memandu.

Ruang but 375 liter dengan tempat duduk belakang boleh dilipat atau boleh dilipat sepenuhnya bermakna lebih banyak ruang untuk bagasi. Tempat duduk belakang tempat duduk belakang juga boleh dilaraskan untuk keselesaan penumpang dan ruang.

Tempat duduknya pula dilengkapi dengan fungsi pemanasan serta sokongan lumbar elektrik 4 hala. Manakala paparan skrin 12.8 inci untuk sistem infohiburan di tengah serta kokpit digital bersaiz 11.9 akan membantu pemandu untuk mendapatkan data / info penting.

Trenkuasa Audi Q3 e-hybrid ini menggabungkan diantara enjin pembakaran dalaman 1.5 TFSI dan juga bateri. Dengan menggunakan kuasa bateri sepenuhnya, Audi Q3 ini boleh bergerak sejauh 117 km tanpa masalah. Gandingan enjin dan pek bateri ini berupaya menghasilkan output maksimum sehingga 272 PS dan 400 Nm.

BACA : AUDI Q3 2026 DIPERKENALKAN – REKAAN LEBIH GARANG, ANGGARAN HARGA SEKITAR RM218K

BACA : AUDI RS Q3 SPORTBACK 10 YEARS EDITION – EDISI SUPER TERHAD

Google ads

B K

Back to top button