Buletin

HONDA CITY KEKAL JADI MODEL NO. 1 SEGMEN B

Honda Malaysia hari ini mengumumkan bahawa Honda City menjadi model No. 1 dalam segmen B dan telah terjual sebanyak 300,000 unit di Malaysia.

City generasi kedua yang dilancarkan pada tahun 2001 terjual lebih 61,000 unit. Manakala City generasi ketiga meneruskan populariti sedan itu menerusi jualan lebih 85,000 itu.

Rekod itu bagaimana dipecahkan oleh City generasi keempat apabila lebih 155,300 unit telah terjual sejak tahun 2014. Apabila model facelift diperkenalkan pada Mac 2017, sedan itu terus mendapat maklum balas positif dengan lebih 48,900 unit terjual sehingga Ogos 2018.

Dalam tempoh Januari hingga Ogos 2018, City menyumbang sebanyak 30 peratus jualan keseluruhan Honda Malaysia dan menguasai 51 peratus pasaran segmen B. Ia juga menyaksikan kenaikan sebanyak 16 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Angka yang positif itu membolehkan Honda Malaysia mengekalkan posisi No. 1 dalam segmen bukan nasional dan No. 2 dalam Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) setakat ini.

E muncul sebagai varian paling laris apabila menyumbang 44 peratus dan varan V 33 peratus. Wilayah tengah terus menjadi penyumbang jualan terbesar dengan 49 peratus, diikuti oleh kawasan Selatan dan Utara pada 20 dan 19 peratus.

City dikuasakan oleh enjin 1.5L i-VTEC yang dipadankan dengan kotak gear CVT Teknologi Earth Dreams Honda.

Dari segi keselamatan pula, ia dilengkapi brek enam beg udara, brek ABS, Brake Assist (BA), Vehicle Stability Assist (VSA), Hill Start Assist (HSA) dan Emergency Stop Signal (ESS).

Google ads
Back to top button