Buletin

PERODUA PERGIAT USAHA KURANGKAN TUNGGAKAN TEMPAHAN MYVI

Dengan sekitar 22,000 unit Perodua Myvi masih belum diserahkan setakat akhir bulan September, Perodua kini menumpukan usaha untuk mengurangkan tempoh menunggu para pelanggannya kepada jangka masa yang lebih wajar.

Perodua bagaiamanapun tidak dapat memberikan tempoh masa penghantaran spenuhnya. Namun, kakitangan di bahagian pengeluaran sudah kembali memulakan produksi dan proses penghantaran dijangka bermula tidak lama lagi.

Pada Ogos lalu, pengeluaran Myvi terpaksa dihentikan seketika berikutan isu teknikal yang dialami oleh salah satu vendornya. Masalah itu menyebabkan Perodua hanya berjaya menjual kira-kira 9,500 buah unit kenderaan secara keseluruhannya sepanjang September.

“Di sebalik isu yang tidak diingini ini, kami amat bersyukur kerana rakyat Malaysia masih terus menyokong Perodua. Kami ingin memohon maaf kepada para pelanggan yang terjejas kerana terpaksa menunggu lebih lama,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh.

Dalam tempoh Januari hingga September 2018, Perodua telah menjual 168,200 unit kenderaa, naik 11 peratus berbanding 151,600 unit dalam tempoh sama tahun lalu.

Kenaikan itu banyak disumbang oleh sambutan positif ke atas Myvi baharu serta model-model lain. Axia, Bezza dan Alza masing-masing terjual sebanyak 53,700, 38,100 dan 18,400 unit setakat ini.

Google ads
Back to top button