Artikel PilihanBuletin

KENAPA KIA MASIH BELUM ADA TRAK PIKAP?

Kia, yang merupakan sebahagian daripada kumpulan Hyundai Kia merupakan pengeluar kelima terbesar di dunia. Kia juga adalah jenama penting di Amerika Syarikat dan walaupun ia cukup laris di sana, Kia masih belum ada trak pika, khususnya di sebuah negara yang menggemari kenderaan utiliti tersebut.

BACA: HYUNDAI TEMUI FORMULA BINA TRAK PIKAP

Menurut Michael Cole, ketua pegawai operasi AS yang baru dilantik Kia Motor mereka belum ada perancangan mengenai trak pikap dalam masa terdekat.

“Trak adalah sesuatu yang kita selalu perhatikan tapi, secara jujur, masih banyak ruang dalam segmen yang kita bersaing pada hari ini, pasaran sedan dan SUV,” kata Cole.

“Dari segi pasaran SUV yang lebih utama seperti saiz sederhana dan bawah ada banyak lagi yang boleh dilakukan. Dengan SUV terbesar, Telluride baru, kami benar-benar ingin menguatkan barisan kami. “

Ketika ditanya lebih lanjut mengenai trak Kia (gambar di sini ialah Konsep Mojave 2004 KCV4) Cole memberitahu bahawa “Trak bukan berada dalam fikiran kita. Buat masa ini, pasaran SUV adalah yang terbaik dan Kia merancang untuk memanfaatkan lagi.

“Kami melihat peluang yang baik untuk terus mengembangkan kedua-dua model Sorento dan Sportage,” tambah Cole.

“Berdasarkan apa yang kami dapat dari Hyundai, produksi pikap Santa Cruz (mungkin berubah pada nama) mungkin akan tiba dalam masa dua tahun akan datang. Ini memberi banyak masa untuk Kia banyak terus mengukuhkan jualan crossover dalam semua segmen, dan hanya selepas itu akan menilai semula potensi trak untuk masa depan.

GALERI

Google ads
Back to top button