Artikel Pilihan

NISSAN MUNGKIN MANSUH JAWATAN PENGERUSI – MAHU KEMBALI BANGKIT SELEPAS SKANDAL GHOSN

Selepas dua bulan penahanan bekas Pengerusi Nissan Motor Co., Carlos Ghosn yang mengejutkan industry automotif dunia, Nissan dilapor sedang menimbang untuk memansuhkan jawatan tersebut.

Langkah itu diambil sebagai salah satu usaha untuk membina semula urus tadbirnya. Penahanan Ghosn atas dakwaan melakukan jenayah kewangan yang boleh menyebabkan dia dipenjara dalam tempoh lama menyaksikan Nissan pantas memecatnya sebagai pengerusi.

Situasi itu meninggalkan vakum dalam kepimpinan teratas pengeluar kenderaan tersebut.

Walaupun langkah pemansuhan jawatan pengerusi mungkin membuatkan komuniti korporat di Amerika Syarikat dan Eropah kehairanan, namun undang-undang di Jepun membenarkan syarikat untuk beroperasi tanpa pengerusi. Malah ada syarikat Jepun yang mengagihkan kuasa pengerusi kepada barisan pengurusan kanan mereka.  

Ketika pihak pendakwaraya fokus ke atas dakwaan pecah amanah oleh Ghosn, Nissan turut menjalankan siasatan yang ekstensif ke atas bekas ketuanya itu. Nisaan menuduh Ghosn menyalahguna dana syarikat dan melantik kakaknya sebagai penasihat secara kontrak. Ini menimbulkan persoalan sejauh mana ketatnya prosedur tadbir urus Nissan.  

Skandal itu juga mengeruhkan hubungan dengan Renault SA, ahli pakatan yang dipantau oleh Ghosn selama dua dekad.

Pemusatan kuasa

Dengan memansuhkan jawatan pengerusi, Nissan tidak lagi perlu memberi kuasa yang terlalu banyak kepada Ketua Pegawai Eksekutif, jelas seorang penganalisis dari firma Carnorama yang berpangkalan di Jepun, Takeshi Miyao.

Jika Nissan benar-benar mahu menghapuskan jawatan tersebut, ia perlu membina satu sistem bagi memastikan CEO mempunyai kuasa sewajarnya.

Pemusatan kuasa pada seorang individu membuatkan Nissan tidak lagi telus untuk mengesan sebarang salah laku. Justeru, Nissan kini sedang melihat kepada satu struktur lebih mapan yang tidak perlu bergantung kepada seorang individu sahaja.

Buktinya, Nissan tidak menamakan sesiapa sebagai pengerusi sementara selepas memecat Ghosn pada 22 November 2018.

Apa pun, Nissan bukanlah syarikat pertama yang berdepan skandal dan memansuhkan jawatan pengerusi. Tahun lalu, Kobe Steel Ltd. menegaskan ia memansuhkan jawatan pengerusi selepas Hiroya Kawasaki meletak jawatan berikutan pendedahan mengenai data palsu yang berlaku selama berdekad-dekad.

Honda Motor Co. juga tidak lagi menggunakan jawatan itu selepas menukar pengurusan pada tahun 2016. Malah, Shiseido Co., Denso Corp. dan Kubota Corp. tidak mempunyai pengerusi.

Tags
Google ads
Back to top button