Buletin

KOPI PERCUMA DI PETRONAS SEMPENA AIDILFITRI

Sedar tak sedar, dah masuk tahun ke 17 kempen Coffee Break Petronas dijalankan. Saya masih ingat waktu pulang ke kampung naik motor waktu bujang dulu, stesen pilihan semestinya Petronas sebab dapat minumam percuma. Waktu dulu, dapat jimat RM2 pun besar maknanya, boleh dapat seliter lebih petrol.

Petronas-coffee-break-Raya-mekanika (3)

Petronas sekali lagi melancarkan kempen tahunan mereka ini dengan melibatkan 147 stesen terpilih. Stesen pilihan ini disenarai di lokasi strategik yang menjadi tumpuan trafik tinggi pada musim perayaan.

Sebanyak 900,000 cawan kopi akan diagihkan. Kopi percuma itu boleh dinikmati pada 2 dan 3 Julai bermula 6 petang serta pada 9 dan 10 Julai bermula jam 3 petang. Snek ringan juga disediakan secara percuma.

Petronas-coffee-break-Raya-mekanika (2)

Kempen ini juga menawarkan pemeriksaan 20 poin percuma untuk kenderaan jenama Proton di stesen yang terpilih. Pada pelancarannya, Petronas turut menyumbang bahan api RON95 bernilai RM20,000 kepada St. John Ambulance of Malaysia (SJAM) bagi keperluan 50 buah ambulan yang bersiap sedia di sepanjang lebuhraya ketika diperlukan. Anda sebenarnya Hero kami brader-brader SJAM!

Kempen PETRONAS Coffee Break ini diadakan dengan kerjasama Nestle’ Products Sdn. Bhd., Munchworld Marketing Sdn. Bhd., Coca-Cola Refreshments Malaysia Sdn. Bhd., Suntory Beverages & Food Malaysia Sdn. Bhd., URC Snack Food (M) Sdn. Bhd., Industri Makanan Snek Ku Sdn. Bhd., Goodwill Marketing & Agency (M) Sdn Bhd., SJAM dan Proton Holdings Berhad.

Google ads
Back to top button