Buletin

BEG UDARA TAKATA-MAZDA: PERIKSA MODEL ANDA SEGERA!

Ini adalah pengumuman terbaru yang dibuat oleh Mazda berdasarkan situasi terkini krisis beg udara Takata. Bermaz Motor telah mendapat arahan dari prinsipal mereka iaitu Mazda Motor Corporation Jepun supaya memanggil semula produk yang dikenal pasti dipasang dengan inflator beg udara Takata yang bermasalah.

Bermaz-Motor-Mazda-recall-2016-mekanika (1)

Hanya dua model daripada kumpulan produksi awal yang perlu menjalani penukaran mekanisma inflator beg udara. Ini adalah MANDATORI. Model tersebut ialah:

  1. Trak pikap Mazda BT-50 (keluaran tahun 2006 – 2011)

Apa yang akan diganti? Beg udara pada bahagian stereng pemandu

  1. Mazda6 (keluaran tahun 2003 – 2007)

Bahagian mana yang terlibat? Beg udara di bahagian pemandu dan penumpang hadapan.

Bermaz-Motor-Mazda-recall-2016-mekanika (3)

Anda disaran supaya segera menghubungi pusat panggilan di talian 03-7627 8999 supaya Bermaz Motor dapat mengesahkan status kenderaan yang terlibat. Jadi, jadual pemasangan dapat dibuat secepat mungkin. Proses penukaran unit inflator ini mengambil masa satu hingga dua jam sahaja.

Anda juga boleh menyemak secara dalam talian berdasarkan nombor casis kereta. Sila masukkan nombor kerangka yang terdapat di kad pendaftaran kenderaan (geran) pada pautan di bawah untuk dapatkan konfirmasi serta-merta.

http://www.mazda.com.my/Community/takatarecallfaq.aspx

Sekali lagi, jika was-was, sila hubungi talian 03-7627 8999 dengan kadar segera.

Google ads
Back to top button